
Indahnya
hidup Fizo Omar bergelar artis, namun tiada siapa tahu duka nestapa yang
terpaksa dihadapi. Dalam keghairahan mengejar dan mengecapi nikmat kehidupan
Fizo kecundang apabila tanpa pengetahuannya, dia dibebani hutang RM8 juta.
Lebih
mengejutkan pinjaman itu tidak pernah dilakukannya.
“Saya
‘terduduk’ mendengar berita itu. Ibu saya menangis tidak henti manakala saya
hampir pitam memikirkan di mana mahu cari duit sebanyak itu untuk membayar
hutang kepada pihak bank. Lebih membebankan perasaan, bukan saya yang berhutang,
tetapi mereka menipu tandatangan saya.
“Semunya
berlaku kerana saya tidak tahu selok-belok perniagaan dan terlalu percayakan
rakan kongsi. Perkhabaran itu seperti halilintar membelah bumi hingga saya jadi
hilang punca. Dalam kekalutan itu, saya menghadiri seminar Dr Azizan Osman yang
pernah saya temu bual dalam program Nasi Lemak Kopi O.
“Dua
tahun dia ajak saya ke program itu, tetapi saya sering beri alasan sibuk. Dugaan
itu (hutang) buat saya sedar perlu melakukan sesuatu dan Dr Azizan adalah mentor
yang membimbing hingga berjaya seperti hari ini.
“Kes
RM8 juta itu masih dalam siasatan, namun kata-kata semangat dan dorongan Dr
Azizan buka mata saya untuk melihat masalah sebenarnya peluang untuk mencipta
kejayaan dan kehidupan lebih cemerlang,” katanya.
Mensyukuri
setiap peluang dan ruang yang dikecapi, Fizo kini setanding pakar motivasi
terkenal lain, malah melakar nama sebagai usahawan berjaya.
Bermula
dengan perniagaan Hot Burger bertujuan membantu anak bangsa memperbaiki
kehidupan mereka, Fizo kini berjaya menubuhkan beberapa syarikat termasuk
pengiklanan.
“Konsep
saya ‘memberi’ dan tidak meraih keuntungan pun daripada perniagaan burger itu,
namun Allah SWT beri saya rezeki daripada pelbagai sumber. Kini ada 150 gerai
Hot Burger di seluruh negara.
“Saya
berkongsi resipi kejayaan dengan memberi ceramah motivasi kepada orang ramai.
Bagi menambah ilmu di dada, saya turut aktif menghadiri seminar orang lain,”
katanya.
Segala
pengalaman yang pernah dilalui jejaka berjiwa besar ini diabadikan dalam buku
berjudul Fizo Omar yang ditulis Abie Abdullah. Buku itu, baru saja dilancarkan
Jumaat lalu dan hanya dijual menerusi dalam talian selain boleh dibeli dalam
program seminar anjuran Dr Azizan dan Fizo.
“Buku
ini terlalu peribadi buat saya, ia bukanlah biografi penuh tetapi lebih kepada
mengupas pahit maung dalam mencari erti sebenar kehidupan. Saya pernah tewas
dengan dugaan hidup sehingga tanya pada diri kenapa semua ini terjadi dan
mengapa saya yang kena.
“Bagaimanapun
apabila belajar kenapa saya dipilih Allah untuk berdepan dugaan itu, saya rasa
sangat bersyukur. Saya belajar ikhlaskan hati dan memaafkan orang yang pernah
menganiaya saya. Alhamdulilah, selepas itu rezeki saya semakin murah.
“Kegagalan
peluang untuk memperbaiki diri dan setiap yang berlaku adalah penyebab. Jika
saya tidak ditipu, mungkin saya masih berada di takuk lama.
“Kegagalan
dalam sesuatu perkara juga membuka pintu rezeki yang lain. Syukur, rezeki yang
diperoleh hari ini membolehkan saya membeli kediaman idaman di Country Heights
Kajang dan kereta impian,” katanya.
Berikutan
sibuk menumpukan perhatian mengembangkan perniagaan, Fizo mengakui kali terakhir
muncul dalam drama tiga tahun lalu.
“Bukan
saya kata berlakon itu tidak bagus cuma saya kena keluar daripada zon selesa
untuk mencari pembaharuan dan sesuatu yang lebih menjamin. Dulu saya senyum saja
depan peminat, penganjur bayar saya belasan dan puluhan ribu ringgit, tetapi
apabila dugaan datang ia menyedarkan saya daripada lena yang panjang.
“Bayangkan
segala harta yang saya cari selama ini terasa tidak bermakna langsung apabila
ditipu RM8 juta. Ibu juga antara penyebab saya melakukan perubahan kerana tidak
mahu dia hidup susah dengan saya dan andai kata ibu perlukan rawatan di hospital
saya mahu berikan yang terbaik,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan
jutawan tudung, Mawar Abdul Karim pada Oktober 2013. Hmetro
0 Response to "TERKINI ! GEMPAR ! Punca SEBENAR Fizo Omar Berhutang RM8 JUTA Dengan Bank ! Kesian Fizo..."
Post a Comment