Lana Nordin Berang Baju Kahwin ‘Sponsor’ Dipakai Ayda Jebat




LANA Nordin meluahkan perasaan terkilannya apabila pelakon yang juga bekas peserta AF, Ayda Jebat mengenakan pakaian yang digunakan olehnya di majlis perkahwinan untuk satu sesi fotografi.
Lana berkata, dia berasa terkilan kerana baju pengantin itu adalah sesuatu yang ‘sangat berharga’ walaupun baju tajaan Altelia Amani itu bukanlah baju peribadi miliknya.
Lana yang meninggalkan komen di akaun Instagram milik Ayda berkenaan pakaian itu juga berkata, berasa tidak puas hati kerana komen tersebut telah dipadam.
“Saya tidak akan menjadikan perkara ini satu isu jika baju yang dipakai itu adalah biasa, sebaliknya pakaian itu digayakan pada hari bersejarah dalam hidup saya,” kata Lana.
Secara jelas, tidak menjadi satu kesalahan jika persalinan yang ditaja sesuatu jenama digayakan pula artis lain tetapi sudah tentu, perlu ada pertimbangan sebagai manusia.

Setakat ini Ayda belum memberikan sebarang kenyataan terhadap isu ini namun kami percaya, ianya lebih melibatkan Lana dan pihak sponsor untuk menyelesaikannya secara baik kerana jika tidak diberi kebenaran, mana mungkin pakaian itu dapat disarung oleh pihak lain, bukan? – MYNEWSHUB.CC

Related Posts :

0 Response to "Lana Nordin Berang Baju Kahwin ‘Sponsor’ Dipakai Ayda Jebat"

Post a Comment