
Bosan dengan kehidupan
bandar yang sentiasa sibuk membuat seorang seniman berasal dari New York
memutuskan untuk membuat sebuah negara sendiri. Meet Zaq Lansberg memilih sebuah
tempat di tengah padang pasir Utah sebagai negara peribadinya.
Semua
bermula pada tahun 2005 apabila Meet membeli sebuah tanah tidak berpenghuni di
padang pasir Utah yang dibeli di eBay dengan harga 610 USD . Dalam lawatan
pertamanya, dia memasang bendera merah dan kuning di tengah padang pasir sebagai
tanda pemilikan.
Tidak lama kemudian, dia mempunyai sebuah idea untuk
mengubah kawasan tersebut menjadi sebuah negara dan menamakannya dengan namanya.
Begitu lah bagaimana sebuah negara bernama Zaqistan terbentuk dengan moto
"sesuatu dari tidak ada".
Ketika ditanya mengenai motifnya melakukan
perkara ini dia hanya mengatakan jika tidak ada standard undang-undang mengenai
apa yang menjadi sebuah negara dan tidak. Dia pun menambah jika kerajaan tidak
mengiktiraf kewujudan Zaqistan tetapi juga tidak menghentikannya melakukan
ini.

Meet kini melawat
Zaqistan beberapa hari dalam setahun dan membuat pelbagai monumen seni setiap
kali datang. Dia juga mempunyai gerbang sempadan rondaan dengan robot pengawal
raksasa. Bahkan Meet telah menjual pasport nyata dengan harga 40 USD melalui
laman webnya.
Meet sendiri tidak merancang membina kabin di kawasan
tersebut kerana tidak ada sumber air yang berhampiran dan bandar terdekat berada
sekurang-kurangnya 96 km dari negara kecilnya. Dia juga mengaku selalu rajin
membayar cukai, jadi apa yang dilakukannya ini bukan lah sesuatu yang menyalahi
undang-undang. Bahkan Meet berharap jika Zaqistan suatu saat nanti benar-benar
menjadi sebuah negara yang diiktiraf.
0 Response to "Pelik.Lelaki Ini Bikin Negara Sendiri di Tengah Gurun Pasir"
Post a Comment