
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Seorang pelajar yang
sedang menduduki peperiksaan SPM, yang juga seorang pelakon di dalam drama
tempatan berbahasa Cina, dipercayai membunuh diri di rumahnya hari ini.
Pelajar berusia 17 tahun dari SMK Raja Abdullah
itu dijumpai dalam keadaan tergantung di dalam biliknya di sebuah apartmen di
Taman Jinjang.
Pelajar tersebut disifatkan oleh gurunya
sebagai seorang yang bijak.
Timbalan Ketua Polis Sentul, Supt Mohd Sukri
Kaman mengesahkan insiden terbabit.
Difahamkan, pelajar tersebut kecewa setelah dia
tidak berjaya menjawab soalan di dalam kertas Matematik Tambahan 1 yang
didudukinya hari ini.
"Dia memberitahu gurunya yang dia tidak dapat
menjawab soalan-soalan itu
"Dia juga berkata dia mahu pulang ke rumah
tetapi gurunya menasihatinya untuk tinggal di sekolah.
"Dia tidak mendengar (nasihat itu) dan pulang
ke rumah", kata Sukri memetik laporan NST.
Gurunya menjadi risau apabila pelajar terbabit
gagal menghadirkan diri di sekolah untuk menduduki kertas Matematik Tambahan II
pada petang itu.
"Guru terbabit kemudian membuat panggilan
telefon kepada ibu pelajar tersebut, menanyakan dimana pelajar itu berada.
"Ibu pelajar tersebut, yang bekerja di sebuah
pusat membeli belah di KL, kemudian menelefon ibu saudara pelajar itu untuk
memeriksa anaknya", kata beliau.
Ketika itulah ibu saudara pelajar tersebut
menjumpai pelajar berkenaan dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam
biliknya.
Polis menolak sebarang unsur jenayah didalam
insiden terbabit.
Mayat pelajar berkenaan telah dihantar ke
Hospital Kuala Lumpur.
0 Response to "Pelakon Terkenal Berusia 17 Tahun Bunuh Diri Lepas Jawab Kertas SPM Matematik Tambahan"
Post a Comment