
Kota Bharu: Seorang anggota polis berpangkat
inspektor ditahan reman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini, semalam
selepas didakwa menerima rasuah RM10,000 sebagai dorongan untuk melepaskan
suspek kes curi kereta, semalam.
Suspek berusia 25 tahun ditahan reman sehingga
1 Disember depan untuk siasatan lanjut.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) Kelantan berkata, anggota polis itu ditahan jam 5 petang kelmarin di
Rantau Panjang selepas menerima rasuah diserahkan oleh pengadu untuk melepaskan
suspek yang ditahan.
Katanya, sebelum itu suspek meminta RM15,000
namun pengadu hanya memberi RM10,000 kepadanya.
“Ketika suspek menerima rasuah itu, kita
menahannya, semalam (kelmarin).
“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula
hari ini (semalam) dan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi
Harian Metro di sini, semalam.
Sumber itu berkata, suspek sebelum ini pernah
ditahan dan disiasat terhadap tuduhan menerima rasuah RM3,000 daripada pengadu
berasingan sebagai dorongan untuk melepaskan suspek yang didakwa melakukan
kesalahan rogol di Machang.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Datuk
Abdul Aziz Aban mengesahkan menerima laporan berkenaan.
0 Response to "Polis Lepaskan Suspek Curi"
Post a Comment