
KUALA LUMPUR - Alasan
mahu menggunakan tandas restoran membolehkan seorang remaja perempuan berusia 18
tahun meminta bantuan pelanggan restoran itu untuk melepaskan diri daripada tiga
lelaki yang menculik dan merogol serta menyamunnya, Sabtu lalu.
Dalam kejadian
berhampiran sebuah restoran di Balakong, Kajang, itu pelanggan restoran itu
kemudian berjaya menahan tiga penjenayah terbabit.
Timbalan Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Rotzarn Rashid berkata, mangsa
yang berasal dari Thailand, baru keluar dari rumahnya di Taman Bukit Cheras pada
jam 8.50 pagi, untuk ke tempat kerjanya di sebuah salon rambut.
Menurutnya, seorang
lelaki bersenjatakan kapak datang dan secara mengejut memegang tangan, memaut
leher serta mengugut mangsa supaya mendiamkan diri.
Katanya, suspek
mengarahkan mangsa masuk ke dalam sebuah kereta dan membawanya mengelilingi
kawasan perumahan sekitar Cheras serta Balakong.
"Ketika dalam kereta,
mangsa dirogol suspek,” katanya.
Beliau berkata, kereta
penjenayah itu kemudiannya kehabisan minyak dan selepas seorang daripada mereka
ke stesen minyak untuk membeli petrol, mangsa memberi alasan mahu menggunakan
tandas restoran berhampiran.
“Ketika dalam restoran,
mangsa meminta bantuan pemilik serta pelanggan yang kemudian berjaya menahan
semua suspek berusia antara 20 hingga 24 tahun dan menyerahkannya kepada polis,”
katanya.
Rotzarn berkata, kes
disiasat mengikut Seksyen 376 dan 395 Kanun Keseksaan kerana merogol dan
samun.
Sementara itu, gambar
mangsa dan video rakaman suspek ditahan, tersebar di laman sosial Facebook sejak
Isnin lalu. - HARIAN METRO
0 Response to "'GADIS DIUGUT DENGAN KAPAK & DIPERKOSA DALAM KERETA'"
Post a Comment