
Menurut
satu laporan akhbar harian, Kamal dan Emma dikatakan semakin rapat
kini.
Malah khabarnya, Kamal sudah pun membawa Emma berjumpa dengan ahli
keluarganya dan jika ini benar, nampaknya perhubungan mereka sudah memasuki fasa
serius.
Sumber dalam laporan akhbar tersebut didakwa berkata, “Betul,
memang mereka rapat sejak akhir-akhir ini. Tapi Kamal bukanlah punca perpisahan
Emma dan Zizan sebaliknya semua ini berlaku selepas putus cinta.”
“Dengar
cerita memang keluarga Kamal sangat menyenangi Emma sebab wanita tersebut pandai
melayan dan mengambil hati mereka. Itu sahaja cerita yang boleh diberitahu,”
kata sumber itu lagi.
Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang kenyataan
dikeluarkan baik oleh Kamal mahu pun Emma bagi menjawab dakwaan
tersebut.
Kamal kembali solo selepas hubungan cintanya selama enam tahun
dengan pelakon, Intan Ladyana putus di tengah jalan, tahun
lalu.
Sementara hubungan Emma dan Zizan pula, sering dilanda masalah
sehingga pasangan ini membuat keputusan memutuskan ikatan cinta mereka,
baru-baru ini.
Kalau betullah seperti dikatakan, tak salah rasanya untuk
Kamal dan Emma menjalin hubungan memandangkan kedua-duanya dah kembali solo. Apa
pun, kita nantikan kesahihannya dulu.
0 Response to "Reaksi keluarga Kamal Adli mengenai sikap Emma Maembong Yang Semestinya Anda Semua Tidak Pernah Sangka??"
Post a Comment