
Kenyataan
terbaru Zizan Razak di program Meletop (siaran langsung) yang dihoskan oleh
Nabil dan Neelofa menimbulkan rasa kurang hijabster seluruh Malaysia dan tidak
kurang dengan kaum Adam yang juga terasa kenyataan seperti itu tidak sepatutnya
diungkapkan.
Tidak pasti sama ada Zizan hanya berniat untuk melawak atau
sebaliknya, namun 'damage has been done' terhadap imejnya sendiri dan satu
penjelasan harus dilakukan segera oleh Zizan yang baru saja menjadi juara
program Super Spontan 2015.
"Sebagai artis yang dikenali ramai, dia
tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan begitu sungguhpun bergurau kerana ini
seolah-olah menghina golongan hijabster. Kenyataannya itu akan menimbulkan
persepsi negatif terhadap muslimah.
"Dia boleh melawak dalam program
lawak yang lain tetapi dalam wawancara seperti ini, dia mewakili diri dia
sendiri dan kenyataan yang dia nyatakan itu adalah dari hati dia sendiri.
Mungkin mulut dia lebih laju dari otak dia agaknya," kata netizen. - sumber
0 Response to "Zizan - "WANITA BERTUDUNG TAK BOLEH BERFIKIRAN TERBUKA""
Post a Comment