Kalthum Omar atau dikenali sebagai Mak Som
berusia 77 tahun pernah mengunjungi Baitullah sebanyak dua kali dengan membawa
satu satunya harapan. Dia mahu anak gadisnya kembali ke jalan ALLAH. Doa dan
hajat wanita ini cukup besar, dia mengimpikan sekembalinya dari Mekah, anak
gadisnya beubah dan kembali semula kepada agama asal iaitu
Islam.
Majalah Mastika pada Disember 2006 pernah menemui Mak Som
untuk mendapatkan perkembangan lanjut tentang ‘Alin’ panggilan keluarga kepada
Azlina yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik.
Apabila
ditanya sama ada Alin juga tinggal bersamanya atau sudah berpindah ke tempat
lain, Mak Som tunduk. Dia menjawab, sudah lama Alin tidak tinggal sebumbung
dengannya. Tahun 1998, Alin keluar dari rumah, katanya dia mahu tinggal dengan
seorang rakan.
Sejak itu Alin jarang jarang pulang ke rumah. Kalau
balik pun sekejap saja. Bila ditanya Alin memberikan macam macam alasan. Mulanya
wanita ini anggap Alin bergurau. Tetapi apabila Alin bungkus barang barangnya,
wanita ini jadi pelik sebab almari pakaian kosong. Yang tinggal Cuma beberapa
helai baju kurung.
Kenapa Alin keluar rumah? Alasan Alin mudah,
senang hendak ke pejabat. Kerana percayakan Alin, wanita ini akhirnya tidak
menghalang kemahuan Alin. Apa yang penting anak gadisnya itu tahu menjaga
diri.
Siapa temah serumah Alin? Ibu ini tidak mengetahuinya. Alin
memberitahunya dia tinggal di sebuah taman perumahan di Puchong, Selangor dengan
seorang kawan.
“Mak cik percaya sebab mak cik tahu Alin takkan
sanggup tipu ibu bapa sendiri. Mak cik ingatkan Alin jangan lupa sembahyang,
jaga diri dan jangan lupa balik kalau ada masa terluang. Alin mengangguk,”
cerita wanita ini.
Adakah itu detik detik permulaan yang membawa
kepada Alin keluar dari agama Islam?
Lama wanita ini termenung. Dia
memberitahu, jika ditanya bilakah waktu anak gadisnya itu murtad, dia sendiri
tidak tahu, hinggalah suatu petang Alin pulang menjenguknya.
“Alin
tanya mak cik, posmen ada hantar surat untuknya? Mak cik kata tak ada, yang ada
surat orang lain. Mak cik sendiri tak kenal, nama tercatat atas sampul surat itu
juga belum pernah mak cik dengar.
“Mak cik beritahu Alin, nama atas
surat itu bukan nama orang Melayu, bukan nama orang Islam. Alin tanya mak cik,
surat siapa? Mak cik kata surat yang dikirim itu atas nama LINA JOY,” luah
wanita ini.
Memang nama itulah yg tertulis di atas beberapa keping
surat yang sampai ke alamat rumah wanita ini.
Pelik, kerana nama itu
belum pernah di dengar. Bila wanita ini bertanya anak anak dan menantunya, tiada
siapa yang tahu pemilik surat tersebut. Tetapi apabila Alin bertanya, pantas
sahaja dia mengaku surat yang sampai di atas nama Lina Joy itu
miliknya.
“Mak cik jadi hairan, Alin kata dengan mak cik itu surat
dia. Nama Lina Joy itu namanya,” cerita ibu ini kepada Mastika.
Dalam
diam wanita ini terkedu. Apa sudah jadi dengan Alin? Kenapa tiba tiba sahaja
namanya bertukar kepada Lina Joy? Bukankah nama Alin itu nama yg cukup indah?
Lupakah Alin nama itu diberikan oleh arwah ayahnya?
Namun selepas
tamat persekolahan Alin yang berkerja disebuah syarikat swasta di Lembah Klang,
mula berubah. Alin banyak menghabiskan masa dengan rakan rakan sepejabatnya di
luar.
“Tetapi Alin kecewakan mak cik,” tutur wanita ini sambil
mengesat air matanya. Tahun 2000, ada desas desus yang sampai ke telinga wanita
ini tentang anak gadisnya, Alin. Berita itu kurang enak didengar. Alin dikatakan
sudah berubah. Kononya Alin berkawan rapat dengan seorang lelaki berlainan
bangsa dan agama. Apa yang lebih memedihkan ibu tua iti, Alin dikatakan sudah
murtad! Alin sudah jadi LINA JOY.
“Nafas mak cik sesak. Rasa dunia
ini jadi gelap. Fikiran mak cik teringatkan arwah ayahnya. Kalau benar apa yang
dikatakan orang, mak cik tak sanggup kehilangan Alin. Dia harapan keluarga,
harapan arwah ayahnya.
Mak cik suruh abangya pergi cari Alin. Alin
balik ke rumah. Mak cik nak Alin tinggal dengan mak cik, biarlah mak cik yang
jaga Alin. Tapi semua usaha itu gagal. Alin tetap berdegil untuk tidak pulang,”
kata wanita ini lagi.
“Mak cik pujuk Alin, Mak cik cakap pada Alin,
baliklah nak …..ibu rindu. Dah lama Alin tak balik menjenguk mak. Seminggu lepas
itu Alin balik, kata wanita ini. Apabila ditanya sejauh mana kebenaran cerita
tersebut, Lina Joy tidak menjawab, sebaliknya hanya membatukan diri. Kenapa Lina
Joy murtad? Lina Joy berikan alasan mahu berkahwin dengan lelaki pilihan
hatinya.
Menurut laporan Utusan, Mak Som yang akan menunaikan umrah
di Mekah minggu ini akan berdoa supaya agar anaknya dibuka pintu hatinya untuk
menerima Islam dan menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.
Mak
Som berkata keluarga masih menyayanginya dan tidak pernah menyisihkannya
walaupun keadaannya telah berubah.
“?Saya tidak pernah bagi izin
untuk Alin masuk agama lain dan tidak sesekali merestui anak saya
murtad.
?”Saya telah mendidik anak saya sebagai orang Islam dan dia
masih beragama Islam,?? katanya dengan nada sedih.
Mak Som membuat
pengakuan itu bagi menafikan kenyataan bahawa beliau dan keluarga merestui
Azlina memeluk agama lain untuk mengahwini seorang lelaki.
“Alin
pandai mengaji, boleh membaca Yasin, malah semasa bapa dan neneknya meninggal
dunia, dialah yang membaca Yasin.
“?Dia juga berpuasa dan sembahyang
serta pernah bersembahyang tarawih semasa bulan puasa,??
jelasnya.
Mak Som memberitahu, Azlina masih berhubung dengan
keluarganya melalui telefon atau Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) malah pada Hari
Raya tahun lalu, dia balik ke rumah meraikan bersama-sama.
“?Hanya
setelah Alin pindah ke Sarawak hampir dua bulan lalu, mak cik tidak berjumpa
dengannya,??” katanya.
Sementara itu, menurut jurucakap keluarga itu,
tindakan Azlina untuk keluar dari Islam dan memeluk agama lain sejak 1998 adalah
suatu keputusan yang tidak pernah diduga keluarganya.
?Pelbagai usaha
telah dilakukan oleh keluarga ini untuk memujuk Azlina pulang ke pangkuan
mereka.
“?Kami telah pujuk dia secara baik dan diplomasi, malah dia
juga pernah diberi nasihat oleh Mufti Selangor serta diberi surat untuk
menghadiri kaunseling, namun dia tidak menghadirinya,?? ” katanya. KREDIT
ANWARAIDC.
Sudah diberi petunjuk namun hidayahnya tersangkut di langit..malang ibunya..
ReplyDelete