
Baru-baru ini, Lana Nodin meluahkan rasa
terkilannya apabila busana perkahwinan beliau telah dipakai oleh Ayda Jebat
dalam penggambaran sebuah iklan.
Kekecewaan Lana disebabkan beliau sendiri yang
memilih kain untuk busana tajaan Altelia Amani itu dan beranggapan ia cukup
eksklusif dan seharusnya pereka fesyen menawarkan rekaan lain untuk Ayda
pakai.
Susulan kenyataan
itu, Ayda berkata pereka fesyen busana itu sendiri yang memberikan kebenaran
untuk beliau memakai baju perkahwinan Lana.
"Saya memang tahu itu baju yang pernah dipakai
kak Lana ketika majlis perkahwinannya dan saya tanya pereka baju itu sama ada
baju tersebut milik kak Lana atau baju rekaannya yang disimpan di
butik.
"Saya dah tanya
elok-elok kepada pereka dan dia kata tiada masalah dan okay, jadi saya pun
okaylah. Lagipun, waktu itu saya memang dah agak last minute mencari baju kerana
lusanya dah nak pakai baju untuk shooting iklan Aura White Gold
Collagen.

"Kalau dia (Lana) rasa saya salah, biarkanlah.
Bukannya saya tak terkejut dengan kenyataan pihak sana, cuma saya tak pasti di
mana silapnya. Bagi saya, tidak salah sekiranya saya nak pakai kalau pereka baju
itu sendiri yang bagi saya pakai.
"Sebenarnya tidak (perlu berhati-hati) kerana
banyak saja artis yang ulang pakai baju pereka. Saya sendiri pernah ulang pakai
baju artis lain tapi mereka tidak cakap apa-apapun. Bagi saya, tak perlu
perbesarkan isu yang kecil," ujar Ayda dipetik sebagai
berkata.
SUMBER myartis.com
0 Response to ""SILAPNYA DIMANA" - AYDA JEBAT TAK NAK BERPANJANGAN ISU BAJU"
Post a Comment