
Binatang memang tak akan
pernah lupa jasa sesiapa yang pernah menyelamatkannya. Banyak cerita dan video
yang pernah kita tengok mereka tidak ingin meninggalkan manusia yang selamatkan
nyawa mereka.
Pada Mac 2011, João
Pereira de Souza seorang lelaki berusia 71 tahun, menjumpai seekor penguin
Magellan dari Patagonia terdampar di sebuah pantai di Brazil berhampiran
rumahnya. Badan penguin itu dipenuhi minyak dan berjuang untuk terus
hidup.
Lelaki ini membersihkan
salah satu spesies burung itu, memberinya makan dan biarkan penguin tersebut
berehat sebelum membawa semula ke laut tetapi penguin itu tidak ingin
meninggalkannya. Selepas de Souza cuba untuk melepaskannya kembali ke laut,
penguin itu akan berenang semula ke tanah dan pergi ke rumah de Souza. Sejak itu
persahabatan antara mereka bermula.
Penguin yang diberi nama
JingJing akan keluar ke laut selama beberapa hari atau kadang-kadang
berbulan-bulan tetapi tetap akan kembali semula ke rumah de Souza. “Saya tak
pernah melihat makhluk sebegini ingin rapat dengan manusia. Saya akan membiarkan
dia pergi bila-bila masa saya mahu, tetapi dia tetap akan kembali ke sini,” kata
De Souza.
SUMBER ERAFM
0 Response to "(Video) Seekor Penguin Kembara Beribu Batu Setiap Tahun Untuk Melawat Lelaki Yang Menyelamatkannya"
Post a Comment