
SEORANG
penduduk dirawat di hospital selepas minum arak buatan sendiri.
Kota
Tasikmalaya (Indonesia) – Tiga penduduk di bandar ini maut dan dua lagi terpaksa
dirawat di hospital selepas minum arak buatan sendiri.
Kejadian
berlaku selepas semua mangsa makan malam bersama di sebuah gerai di bandar ini
pada Khamis lalu sebelum berpesta arak.
Polis
berkata, semua mangsa membeli arak itu dari sebuah kedai berhampiran sebelum
mencampurkannya dengan minuman ringan.
“Pada
keesokan harinya semua mangsa dilaporkan muntah-muntah dan pengsan di rumah
masing-masing,” katanya.
Menurutnya,
seorang mangsa berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia ketika berada di rumah
manakala dua lagi menghembus nafas terakhir di hospital.
“Dua
lagi penduduk masih dirawat di hospital dan keadaan mereka dilaporkan stabil,”
jelasnya.
Menurutnya,
polis sedang mengesan individu yang membuat dan menjual arak berkenaan.
– Agensi/myMetro Online
0 Response to "TIGA MAUT TEGUK ARAK BUATAN SENDIRI DI INDONESIA"
Post a Comment