
SAYA
sudah berkahwin hampir lapan tahun dan dikurniakan dua cahaya mata. Selama
tempoh itu, saya tidak pernah merasai kenikmatan apabila melakukan hubungan
kelamin kerana isteri saya langsung tindak memberikan tindak balas.
Saya
sudah berusaha pelbagai kaedah untuk isteri merasai keseronokan ketika bersama,
tetapi amat menghairankan dia jarang menunjukkan reaksi berahinya.
Saya
tidak pernah melakukan hubungan kelamin sebelum berumah tangga kerana sedar
hukum zina dalam Islam.
Saya
hanya mengetahui isteri saya tidak mempunyai dara selepas melakukan hubungan
kelamin, tetapi kerana jujur dan ikhlas demi memulakan hidup baru, saya sanggup
melupakannya.
Dia
juga tidak pernah mengajak saya melakukan hubungan kelamin sejak berkahwin dan
pada awalnya saya beranggapan wanita memang bersifat pemalu. Sejak beberapa
tahun lalu, saya mengetahui isteri saya berlaku curang dan melakukan zina dengan
ramai lelaki dan perempuan.
Isteri
saya cukup licik menyimpan rahsia dan berdalih serta mampu berpura-pura seperti
menangis terutama apabila ada kaum keluarga di rumah, menyebabkan saya dituduh
suka menyakiti hatinya.
Dia
juga sanggup meninggalkan anak di rumah semata-mata untuk melepaskan nafsu
peliknya. Dia sanggup melakukan hubungan dengan suami orang dan saya mengesyaki
dia juga melakukan hubungan kelamin dengan berlainan bangsa, kemungkinan rakan
sekerjanya. Saya juga mengesyaki isteri saya seorang lesbian kerana sering
berdua-duaan di rumah kawannya sama ada janda atau isteri orang.
Sehingga
tahun ini, sudah hampir 12 kenalan perempuannya yang saya kenali silih berganti
setiap tahun. Saya amat kecewa dengan keanehan nafsu peliknya, namun sebagai
Muslim saya tidak boleh menuduh dan mengambil tindakan tanpa sebarang bukti
mengikut syarak.
Isteri
saya juga sering meninggalkan rumah tanpa kebenaran saya dan biarpun keluarganya
tahu, tetapi tidak pernah memaklumkannya kepada saya.
Dia
juga mahir dengan pelbagai kaedah ketika melakukan hubungan s*ks. Perubahan
fizikal dan tanda-tanda pada buah dada dan farajnya amat ketara dan keterlaluan
sekali sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Saya
pernah cuba berbincang dengan keluarganya tetapi sering kecewa kerana mereka
tidak mempercayai dan menuduh saya melakukan fitnah. Saya sering menasihatinya
dan cuba membuat dia mengaku dan menyesal atas perlakuannya, tetapi saya sering
ditengking kerana menuduhnya tanpa bukti.
Saya
cuba menekankan nilai-nilai isteri solehah yang berpegang pada akidah serta
menguatkan keimanan dengan ajaran Islam yang sejati. Kadangkala isteri saya
mendirikan solat tetapi selalu tidak dan bersolat duduk dengan memberikan alasan
kakinya sakit dan sering solat di penghujung waktu dan memberi alasan, senang
solat dua waktu sekali.
Saya
cuba membabitkan diri kami dengan kegiatan di masjid bagi mendidiknya solat pada
waktunya, tetapi akhirnya saya dituduh berpura-pura. Rakannya sama ada lelaki
atau perempuan sering mengelak kerana tidak mahu terbabit dengan permasalahan
rumah tangga orang.
Saya
sedih dengan keadaan yang menimpa, lebih-lebih lagi memikirkan masa depan
anak-anak yang mempunyai seorang ibu sedemikian rupa.
Bagaimanakah
pengaruh yang akan dibawanya nanti? Bagaimanapun, saya simpati dengannya,
tiadakah sedikit ruang cahaya Ilahi di hatinya sehingga sanggup menuruti nafsu
peliknya semata-mata?
Setiap
kali solat, saya iringi doa semoga ada insan yang mampu menolong saya serta
anak-anak dan semoga dilimpahi rahmat Ilahi kepada isteri saya pada suatu hari
nanti. Apakah yang perlu saya lakukan?
YEO
ABDULLAH,
Padang Besar, Perlis.
Padang Besar, Perlis.
Credit
: PRU14
0 Response to "Isteri Saya Mempunyai Nafsu Pelik – Yeo Abdullah"
Post a Comment