Datuknya membawa punjut duit
syiling yang bernilai RM64.00 yang tidak cukup untuk membayar yuran sekolah.
Guru-guru ‘ topup’ untuk pelajar tersebut.

Bayangkan, semua orang
menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk
tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini.
Pelajar ini, kematian ibu
sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja
sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah
tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah
sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.
Dalam dunia semakin pantas
ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin
tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana
kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka.
Pagi – pagi saya terima
whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang
masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur.
Datuknya membawa punjut duit
syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah
tersebut. Guru – guru ‘ topup’ untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu
sedari umurnya sebulan lagi.
Bapa dipenjara kerana masalah
dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun
nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO
RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur
ini.
Bayangkan, semua orang
menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk
tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini.
Semasa menulis cerita ini,
saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu
kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin
tegar.
Keluarga ini, sudah memohon
beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak
disalurkan kepada mereka.
Mungkin inilah sepatutnya
tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini.
Selalunya golongan ini, tidak akan meminta – minta untuk menagih simpati
ramai.
Malah mungkin hidup mereka
lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya.
Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir
makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.
Kisah anak ini, mungkin ada
juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga
ditunjukkan gambar anak – anak ini. Comel – comel dan gembira sahaja
rupanya.
Seronok hendak ke sekolah
seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar
dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain.
Gambar ini disebar bukan untuk
menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan – rakan kami sahaja kerana
sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal
tempuhi.
Mana tak sebak, belum pernah
dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk
dijadikan yuran sekolah.
Akhir kalam, duit gaji atau
bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam
duit gaji kita, pasti ada hak orang lain.
Pengajaran juga buat saya,
agar tidak mewahkan anak – anak, mana tahu ada rakan – rakan yang tidak bernasib
baik.
Pasti hati kecil mereka sayu
dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak-anak lain. Tiada ipad, tiada tv
mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di
sekolah.
Cerita ini bukan rekaan.
Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014.
Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu.
Butiran secara
ringkas.
Nama Sek: Sek Agama Integrasi
Ar-Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang
Nama Cikgu: Ustazah Khadijah
Bt. Alang Abu Shuker
Nama Pelajar: 1. Nurkhatijah
bt. Abdullah, 2. Norsyafiqah bt. Abdul Rahim
Terima kasih kerana
prihatin.
FB Zaleha
Mustapha
0 Response to "[SEDIH] Kisah Adik Nurkhatijah Pelajar Sekolah Rendah Tak Cukup Duit Bayar Yuran Sekolah"
Post a Comment