Mendengar nama Taylor
Swift pasti yang ada dalam benak hati kita adalah seorang wanita cantik dengan
suara emas. Tapi ternyata, nama ini juga dimiliki oleh seorang jurugambar lelaki
berasal dari Seattle, Amerika Syarikat.
Taylor tidak mengalami banyak
masalah menggunakan nama itu dalam dua puluh tahun awal hidupnya. Tapi semenjak
pelantun lagu "Bad Blood" itu popular, masalah mula muncul dalam kehidupan
Taylor.

Dikutip dari Dailymail,
Taylor pun terpaksa harus menukar alamat e-mel mereka dari taylorswift@gmail.com
menjadi alamat baru akibat banyaknya mesej yang salah alamat. Kebanyakan dari
mesej tersebut mengandungi dari peminta lagu "Shake It Off" dan juga para
stalkernya. Bahkan, sebahagian juga mengungkapkan cinta padanya dan mengucapkan
terima kasih kerana berkat penyanyi pop tersebut .

Meskipun mempunyai
nama yang sama, Taylor mengakui dirinya tidak mempunyai suara emas seperti
penyanyi cantik itu. Dia pun sering diejek oleh para pegawai di restoran
tempatnya makan. Di samping ledekan yang sering didapatnya, Taylor justru jadi
mengagumi penyanyi 25 tahun itu dan mula jadi fans muzik beliau.
0 Response to "Unik,Jurugambar Bersal dari Seattle Ini Bernama Taylor Swift"
Post a Comment