
JOHOR BAHRU: Belum sempat mengagih hasil samun,
dua lelaki maut ketika cuba melarikan diri.
Itulah yang terjadi apabila kereta yang dinaiki
dua penyamun berkenaan bertembung dengan sebuah trak pikap di persimpangan lampu
isyarat di Taman Pelangi, Johor Bahru awal pagi Isnin.
Sebelum kemalangan, kedua suspek dipercayai
telah menyamun seorang lelaki berusia 33 tahun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior
Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata mangsa ketika itu turun daripada
kenderaannya untuk membeli makanan.
Mangsa kemudiannya didatangi suspek yang
bersenjatakan parang 12 inci yang merampas beg sandang miliknya dan melarikan
diri menaiki sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu seorang lagi suspek.
Mangsa kemudiannya bertindak mengejar suspek
sejauh 2.5 kilometer sebelum kenderaan suspek hilang kawalan dan bertembung
dengan trak pikap tersebut.
Kejadian itu mengakibatkan kedua-dua suspek
maut ditempat kejadian manakala penumpang trak berkenaan patah kaki dan
pemandunya cedera ringan.
Tambah Kamarul, seorang daripada suspek
mempunyai lima rekod jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah manakala
seorang lagi baru melakukan jenayah kali pertama.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun
Keseksaan dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
0 Response to "NGERI ! Penyamun Maut, Terima Balasan CASH ! Selepas Menyamun Seorang Lelaki"
Post a Comment