
Fenomena menghisap rokok elektronik atau
vape bukan sahaja menjadi kegilaan di kalangan golongan lelaki, malah ia turut
menjadi kegilangan di kalangan golongan wanita.
Maka tidak menghairankan
jika kita dapat melihat ramai wanita menghisap vape di tempat-tempat
terbuka.
Mereka juga dilihat hebat menghembus asap berkepul-kepul dengan
pelbagai bentuk, sama hebatnya dengan golongan
lelaki.
Bagaimanapun pemandangan ini kurang disenangi oleh
seorang siswazah, Amalina Annuar dengan membuat satu surat terbuka kepada
wanita-wanita yang menghisap vape.
Meskipun ia hak individu itu, namun
Amalina berpendapat kegiatan itu seolah-olah merosakkan budaya dan nilai moral,
apatah lagi sebagai seorang wanita, lebih menitik beratkan hal-hal
sebegini.
"Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbt.
Kehadapan
akak-akak vapers di luar sana. Saya harap agar akak sekalian belum lagi terbatuk
dek kepul-kepul asap yang akak sedut selama hari ini, moga-moga masih ada ruang
dan kesempatan untuk berhenti ber”vape”
"Surat ini saya nukilkan buat akak si
gadis manis jelita yang terjerumus dalam kancah Vape. Mungkin pada akak semua
Nampak macam hipster dan cool tapi hakikatnya kalau bakal mak mentua akak semua
tengok mungkin beliau akan berfikir beratus kali sebelum menerima akak sebagai
suri hati anaknya. Apatah lagi kalau bakal-bakal majikan akak terjumpa video
kepul naga asap akak di laman sosial, mungkin mampu mengakibatkan akak
kehilangan peluang untuk mendapat pekerjaan idaman akak.
"Badan yang kita
guna ini, sebenarnya Allah pinjamkan sahaja buat kita. Setiap inci tubuh kita
sebenarnya adalah hak Allah, bukan hak kita. Bayangkan akak, kalau tengah-tengah
akak-akak syok vaping, tiba-tiba tercekik asap atau tiba tiba vape akak tu
meletup terbakar, dan ditakdirkan meninggal dunia masa tu jugak, tubuh kitalah
yang akan menjawab dihadapan Allah tentang segala perbuatan kita di dunia wahai
akak-akak. Sanggupkah akak memberi jawapan “nak ikut trend” di hadapan Allah
kelak? Hanya kerana sebuah trend, kita sanggup membelakangi perintah Allah.
Adakah kita sedang mencuba untuk mencabar perintah Allah? Soalan ini saya
tujukan juga kepada kabinet pak menteri.
"Jangan dah terhantuk baru
terngadah akak ku sayang. Saya tak mahu bila akak dah atas katil hospital,
bergantung harap pada gas oksigen baru akak nak sedar padah vape pada diri akak
sendiri. Saya tak mahu bila akak sudah terlantar baru akak nak merangkak
bertaubat mencari Allah.
"Akak. Saya tulis surat terbuka ini bukan dengan
niat untuk mengaibkan akak, bukan juga untuk ‘condemn’ akak. Tetapi surat ini
saya tulis dengan harapan agar akak bangkit dari tidur yang lena. Sedarlah akak,
hidup ini tidak lama. Jika kita tenggelam bersama nafsu dan maksiat, mampukah
kita menjadi pengganti membangunkan negara?
Artikel penuh di Amalina
Annuar.
siakapkeli.my
0 Response to "Padu Habaq ang!! Surat Terbuka Dari Seorang Siswazah Untuk 'Akak-Akak' Vapers"
Post a Comment