AMPANG
- Berperwatakan menarik, hidung pula mancung bak pelakon ternama Bollywood!
Mungkin itulah persona dimiliki seorang lelaki warga Bangladesh sehingga
membuatkan wanita tidak keruan.
Berbekalkan kelebihan yang ada, daya
penarik itulah digunakan untuk memikat kaum hawa tanpa mengira status mangsa
sama ada bujang atau isteri orang.
Malangnya, hubungan terlarang pastinya
tidak berpanjangan dan itulah yang berlaku kepada pasangan kekasih di sebuah
hotel bajet di sini, awal pagi semalam.
Hubungan intim seorang wanita
warga Indonesia berstatus isteri orang dengan seorang warga Bangladesh sejak
enam bulan lalu hingga terlanjur ke bilir tidur berakhir selepas dicekup penguat
kuasa agama.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, wanita berusia 34
tahun dan teman lelakinya berusia 30 tahun itu hanya memakai tuala ketika
penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah
menyerbu bilik hotel berkenaan.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman
berkata, wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah itu berkenalan dengan lelaki
terbabit yang bekerja sebagai kontraktor mengubah suai rumah majikan wanita
berkenaan.
“Difahamkan wanita yang mempunyai empat anak itu lari daripada
majikannya, manakala suaminya tinggal di Indonesia bersama anak mereka,”
katanya.
Di hotel berasingan, seorang ahli perniagaan dicekup bersama
seorang pelajar yang menuntut di salah sebuah kolej di Ipoh, Perak.
Ahmad
Nawi berkata, duda berusia 42 tahun bersama wanita yang berusia 28 tahun itu
berpakaian lengkap ketika ditahan.
Kedua-dua pasangan terbabit ditahan
mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan
boleh di denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya
sekali.
0 Response to "Hidung mancung Bangla bawa ke bilik tidur"
Post a Comment