FREEMASON: PENCARIAN TABUT DI TAPAK MASJID
AL AQSA
"Sesungguhnya tanda kerajaan Talut (yang
menunjukkan benarnya dari Allah) itu ialah datangnya Peti Tabut yang mengandungi
(sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi)
sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan Nabi
Harun; Peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya
Peti Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika benar kamu
golongan yang beriman."
(Al-Baqarah: 248)
RAHSIA KUASA YANG DICARI OLEH
ZIONIS
SIHIR... senjata super bagi pihak Yahudi-Mason
untuk menguasai dunia pada akhir zaman. Impian Yahudi dalam mencapai KEKUASAAN
yang selama ini telah dicabut oleh Allah S.W.T daripada mereka akibat kesesatan
akidah golongan itu.
Motivasi paganistik-kabbalah yang mempercayai
kesaktian Tabut. Mereka yang menemui Tabut dipercayai akan mendapat kekuatan
mistik yang akan meresap ke dalam tubuh dan jiwa mereka.
Selama ini kaum zionis, masih menganggap bahawa
Tabut adalah kurniaan atau mu’jizat yang diberikan Tuhan kepada orang-orang
Yahudi.
Mereka meyakini apabila Tabut berjaya ditemui
maka keagungan dan kejayaan mereka akan kembali dan dapat menguasai dunia
lagi.
Namun, sekalipun Tabut masih ada dan Yahudi
berjaya menemuinya, dengan akal waras kita mampu berfikir: Tidak mungkin Allah
SWT memberikan rahmat dan mukjizat kepada bangsa yang terus membunuh
nabi-nabi-Nya dan ingkar terhadap ajaran-Nya.
(Gambar) Peta yang menunjukkan Kerajaan Israel
(Kingdom of Israel) di utara dan Kerajaan Yehuda (Kingdom of Judah) di selatan.
Dua negara hasil dari pecahan Kerajaan Bersatu (United Monarchy) bangsa Israel
di bawah Raja Talut, Nabi Daud A.S dan Nabi Sulaiman A.S dahulu.
1) Terbentuknya Kerajaan Bersatu (United
Monarchy) setelah Nabi Musa A.S membawa bangsa Israel ini melintasi Laut Merah
untuk ke "TANAH YANG DIJANJIKAN" (The Promised Land).
Nabi Musa A.S telah menyerahkan tugas
mengepalai bangsa Israel ini kepada Joshua, seorang panglima perang yang
mengetuai bangsa Israel dalam peperangan menentang penduduk asal kawasan Tebing
Barat kini, iaitu bangsa Kanaan (Canaanite) yang tidak beriman kepada Allah
S.W.T.
Bangsa Kanaan adalah nenek moyang orang
Filistin (Philistine) iaitu asal usul orang Arab Palestin kini. Setelah berjaya
menduduki kawasan Kanaan itu (kawasan yang menjadi negara haram Israel kini),
maka timbullah satu dilema di mana bangsa Israel yang mempunyai 12 suku (Tribes)
ini tiada raja untuk memerintah.
Maka ketika itu seorang pengembala keldai yang
bernama Talut (dalam Injil dipanggil Saul), telah diangkat menjadi Raja Pertama
Israel oleh seorang Nabi (bukan Rasul) yang juga Kadi (hakim) Israel bernama
Samuel.
Bagi menjadikan rakyat Israel taat kepada Talut
yang asalnya seorang pengembala keldai ini, maka Allah telah kurniakannya PETI
TABUT sebagai simbol PENYATUAN dan KEKUASAAN bagi Talut memerintah bangsa
Israel.
Maka terbentuklah Kerajaan Bersatu (United
Monarchy), iaitu sebuah negara dan kerajaan bangsa Israel yang sah sekitar tahun
1050 sebelum Masihi di kawasan Kanaan itu.
2) Apa yang uniknya PETI TABUT
itu?
Mengikut komentar Allahyarham Abdullah Yusuf
Ali (penterjemah Al-Quran ke Bahasa Inggeris yang terkenal), PETI TABUT atau
juga dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai "The Ark of Covenant" ini diperbuat
daripada kayu pokok akasia dan mempunyai jalur-jalur emas tulen.
Tudungnya yang keemasan itu dikatakan "Takhta
Kasih" dari Allah S.W.T.
Ia mengandungi "PERNYATAAN TUHAN", iaitu
Sepuluh Perintah (The Ten Commandments) yang terukir pada tablet-tablet batu di
samping beberapa lagi peninggalan Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S.
Ia dipercayai pernah dibawa oleh malaikat. Ia
juga merupakan simbol KEAMANAN dan KETENTERAMAN dari Allah S.W.T kepada mereka
yang beriman.
Namun golongan Yahudi-Zionist percaya bahawa
PETI TABUT ini mengandungi pelbagai lagi rahsia yang merupakan kunci kepada
ilmu-ilmu (mungkin ilmu metafizikal) para Nabi untuk mereka eksploitasi demi
berkuasa di dunia ini sebagai "UMAT YANG TERPILIH".
Oleh sebab itu sehingga kini, adalah satu
impian bagi golongan Yahudi-Zionist ini untuk menemui kembali PETI TABUT yang
telah hilang sejak Jerusalem (Baitulmaqdis) diserang oleh Empayar Babilonia Baru
(Neo Babylonian Empire) pada tahun 586 sebelum Masihi.
3) Setelah kematian Talut, Kerajaan Bersatu
ini diperintah pula oleh Nabi Daud A.S (King David) dan anaknya Nabi Sulaiman
A.S (King Solomon).
Nabi Daud A.S diberikan kelebihan untuk
melembutkan besi, kerana itu mengikut sumber Israeliyyat (Sejarah Israel), Nabi
Daud A.S merupakan manusia pertama yang membuat baju rantai besi
(chainmail).
Nabi Daud A.S juga dikurniakan suara yang merdu
sehinggakan pada zaman itu, syariat agama Allah melalui Kitab Zabur (Psalms)
adalah beribadat secara nyanyian. Ketika inilah Nabi Daud A.S menggunakan simbol
Bintang Daud (Star of David) sebagai cop mohor kerajaannya.
Kini simbol bintang itu telah diambil oleh
Zionist&Mason sebagai lambang negara haram Israel mereka.
Nabi Sulaiman A.S pula dikurniakan pelbagai
mukjizat termasuk boleh mengawal angin, burung-burung serta jin. Kerana
kebolehannya untuk berkomunikasi dengan jin, maka Haikal Sulaiman, juga
dipanggil sebagai Istana Nabi Sulaiman atau Kuil Sulaiman (King Solomon's
Temple) telah dibina oleh jin berdasarkan corak binaan dan teknologi dari alam
jin.
Itulah yang menjadi kekaguman golongan
Yahudi-Mason untuk mendapat kekuasaan mengawal alam jin ini seperti yang pernah
dilakukan oleh Nabi Sulaiman A.S, walaupun secara hakikatnya kebolehan Nabi
Sulaiman A.S itu merupakan mukjizat kurniaan Allah S.W.T, bukannya ilmu sihir
yang boleh dipelajari.
(Gambar) Lakaran abad ke-19 yang menunjukkan
bentuk PETI TABUT (The Ark of Covenant). Mungkinkah ia dapat dijumpai dan
berbentuk seperti ini?
4) Golongan Yahudi ini percaya bahawa segala
kemahiran dan mukjizat para Nabi mereka dahulu dapat dipelajari dan digunakan
oleh mereka yang mengkaji.
Ini kerana segala ilmu-ilmu serta
kebolehan-kebolehan luar biasa para Nabi ini dapat menjadikan alam ini dibawah
kawalan mereka.
Kebanyakan ilmu-ilmu para Nabi ini berbentuk
ilmu metafizikal yang dapat melawan hukum alam yang lazim.
Kecenderungan Yahudi-Mason ini juga mungkin
berasal dari pengalaman bangsa mereka yang pernah berada dibawah perhambaan oleh
bangsa Mesir dan Babilonia yang terkenal dengan ilmu-ilmu SIHIR yang telah
berjaya menundukkan musuh-musuh tamadun mereka.
Agenda Zionisme ini secara tidak langsung
merupakan manifestasi BALAS DENDAM terhadap manusia lain yang kononnya selama
ini menindas mereka sejak munculnya bangsa mereka ini dalam sejarah tamadun
manusia.
Bangsa Israel (kini golongan Yahudi-Zionist)
seolah-olah tidak dapat membezakan antara mukjizat Nabi, karamah dan ilmu
sihir.
Mereka anggap semua itu adalah satu sumber
kuasa metafizikal untuk mengawal alam ini dan manusia lainnya. Mereka menjadi
golongan manusia yang angkuh untuk mencapai kekuasaan kerana percaya bahawa
mereka adalah "UMAT YANG TERPILIH" untuk menjadi tuan di muka bumi ini.
Maklumlah, majoriti Nabi pun berasal dari
bangsa mereka dan bangsa mereka adalah satu-satunya golongan manusia di atas
muka bumi ini yang pernah memakan hidangan dari syurga iaitu "Manna Was Salwa"
dan diberikan beberapa kelebihan berbanding manusia lain secara fitrahnya.
5) Apa yang terjadi sesudah Nabi Sulaiman
A.S meninggal dunia?
Kerajaan Bersatu bangsa Israel ini berpecah
menjadi dua negara yang berasingan akibat perang saudara untuk merebut takhta
Nabi Sulaiman A.S itu.
Di bahagian utara terbentuk Kerajaan Israel
(Kingdom of Israel) yang mengandungi 10 suku bangsa Israel dengan ibu kotanya di
Samaria (Shomron).
Manakala di bahagian selatannya terbentuk
Kerajaan Yehuda (Kingdom of Judah) yang mengandungi 2 suku bangsa Israel dengan
ibu kotanya di Jerusalem, tempat Haikal Sulaiman itu berada di atas Bukit
Zion.
Haikal Sulaiman merupakan tempat terakhir PETI
TABUT ini disimpan sebelum ia dikatakan hilang setelah Kerajaan Yehuda diserang
oleh Raja Nebuchadnezzar II dari Empayar Babilonia Baru.
Binaan asal Haikal Sulaiman oleh jin itu telah
diruntuhkan dalam serangan tersebut. Dari Kerajaan Yehuda inilah penduduknya
digelar sebagai orang Yehuda atau Judea (oleh orang Rom dan Yunani) dan akhirnya
memunculkan perkataan "Jew" dalam Bahasa Inggeris.
Mereka inilah yang kita panggil YAHUDI pada
hari ini, iaitu subset daripada bangsa Israel yang asal.
Tetapi istilah itu telah menjadi universal
sehinggakan sesiapa sahaja yang mempunyai darah dari bangsa Israel ini akan
digelar "Jew" (Yahudi) oleh masyarakat dunia kini. Sedangkan secara realitinya
tidak semua suku dalam bangsa Israel itu Yahudi dan tidak semua Yahudi adalah
pendukung Zionisme @Freemasonry.
6) Ke mana pula perginya 10 suku bangsa
Israel dari Kerajaan Israel?
Mereka telah hilang, hilang secara identitinya
apabila Kerajaan Israel itu diserang oleh Empayar Assyria dari arah utara, dan
10 suku tersebut telah dipindahkan ke arah timur sebagai tawanan perang hingga
ke kawasan Khorasan (kini meliputi Iran, Afghanistan, Pakistan, Iraq sehingga
Kashmir).
Serangan yang meruntuhkan Kerajaan Israel itu
berlaku 134 ratus tahun sebelum Kerajaan Yehuda diserang oleh Empayar Babilonia
Baru.
Oleh itu, dikatakan sisa daripada bangsa Israel
yang masih wujud (secara identitinya) hingga ke hari ini adalah golongan Yahudi
ini tadi yang telah pun menyebar ke serata dunia setelah berlaku DIASPORA sebaik
sahaja Kerajaan Yehuda mereka diserang.
Golongan pendita Yahudi di Haikal Sulaiman
inilah yang membentuk satu golongan agama elit yang akhirnya telah mencipta
kitab Talmud, iaitu kitab tafsiran para pendita terhadap ajaran Taurat (Torah)
yang telah dipesongkan menjadi kitab sihir.
Ajaran Talmud ini meresapi akidah agama Yahudi
sehingga berkembang dengan pesat ketika golongan Yahudi ini berada di dalam
tawanan bangsa Babilonia.
Sebelum itu, telah ada fahaman-fahaman sesat
dari golongan Yahudi elit yang menduduki Haikal Sulaiman tersebut sebagai
pendita.
Kebanyakan fahaman-fahaman ini bersifat mistik
dan bercampur dengan ilmu-ilmu sihir dari zaman mereka menjadi hamba di Mesir
dahulu.
(Gambar) Impresi pelukis terhadap reka bentuk
Haikal Sulaiman (King Solomon's Temple) yang kini runtuhannya berada di bawah
Masjid Al-Aqsa (Dome of Rock) di sekitar Bukit Zion.
Di sinilah punca kepada segala KEKUASAAN yang
dicari oleh Yahudi-Zionist-Freemason selama ini untuk mendominasi dunia pada
Akhir Zaman.
7) Oleh kerana kesesatan yang berlaku inilah
maka kita faham mengapa Allah S.W.T telah menurunkan bala kepada bangsa Israel
sehingga hancurnya dua negara serumpun mereka iaitu Kerajaan Yehuda dan Kerajaan
Israel.
Dan Allah S.W.T telah mentakdirkan mereka
kehilangan PETI TABUT tersebut yang selama ini merupakan simbol sahnya
"KETUANAN" mereka ke atas tanah bekas bangsa Kanaan ini.
Hilangnya PETI TABUT tersebut merupakan petanda
bahawa bangsa Israel (kini majoriti Yahudi) tidak mempunyai "HAK" ke atas tanah
keturunan bangsa Arab Palestin itu.
Tidak seperti bangsa Kanaan, iaitu nenek moyang
mereka dahulu, bangsa Arab Palestin kini adalah antara golongan manusia yang
beriman kepada keesaan Allah S.W.T (majoriti Muslim dan Ahli Kitab) dan berhak
ke atas tanah mereka tersebut.
Bagi orang Yahudi yang masih beriman kepada
Taurat dan Injil (Gospel) pula, mereka mengakui bahawa hanya kemunculan Nabi Isa
A.S pada Akhir Zaman yang dapat mengembalikan mereka ke "TANAH YANG DIJANJIKAN"
itu bersama manusia-manusia lain yang beriman.
Pembentukan negara haram Yahudi-Zionist yang
menggunakan istilah ISRAEL itu hanyalah satu muslihat agar keturunan 10
suku-suku bangsa Israel yang telah hilang bertebaran serata dunia tersebut akan
berasa sentimental dengan nama negara itu yang sama dengan nama bangsa nenek
moyang mereka dan berusaha untuk kembali bersatu bagi memenuhi kerakyatan negara
Israel tersebut, lantas ia akan memberi tekanan kepada ruang hidup bangsa Arab
Palestin di sekitar sempadan negara haram tersebut.
8) Ini sebagai persediaan untuk membentuk
pemerintahan dunia (NEW WORLD ORDER) yang berpusat dari Haikal Sulaiman yang
terletak di atas Bukit Zion di Jerusalem dengan segala KEKUASAAN sains dan
teknologi serta ilmu-limu metafizikal (ilmu sihir).
Ia adalah sebuah negara yang sedang bersedia
menerima kedatangan Al-Masih Ad-Dajjal (The Anti-Christ) yang bakal mengetuai
Yahudi-Zionist dalam mencengkam dunia Akhir Zaman ini supaya tunduk kepada
kesesatan Iblis (Lucifer).
Oleh kerana itu kerja-kerja pengalian dan
pengorekan sedang giat dilakukan oleh pihak berkuasa negara Israel di sekitar
Masjid Al-Aqsa (Dome of Rock) terutama di bahagian bawah bukit Zion tersebut
yang dikatakan tempat asal Haikal Sulaiman.
Runtuhan Haikal Sulaiman dipercayai mengandungi
pelbagai khazanah ilmu (kononnya ilmu mukjizat) para Nabi dari bangsa
Israel.
Mereka juga berharap dapat menemui kembali PETI
TABUT, sebagai mengesahkan kependudukan mereka ke atas tanah bekas bangsa Kanaan
(nenek moyang Arab Palestin) ini.
Dengan adanya PETI TABUT tersebut, maka
Yahudi-Zionist-Mason akan dapat menghalalkan rampasan tanah penduduk Arab
Palestin atas nama Tuhan, kononnya seperti ketika Tuhan memberi "KETUANAN" dan
"HAK" melalui PETI TABUT itu kepada Talut untuk memerintah Kerajaan Bersatu
bangsa Israel di tanah yang sama suatu masa dahulu.
Inilah agenda sebenar Zionisme Antarabangsa
dalam mencorak sejarah, agama, ekonomi, sosial, teknologi, mentaliti dan juga
nilai-nilai kemanusiaan agar menjadi terpesong dan tunduk kepada mereka di Akhir
Zaman.
Sehingga ke hari ini, PETI TABUT yang disahkan
asli masih gagal ditemui.
SIAPAKAH BAKAL MENGELUARKANNYA?
Yang akan mengeluarkan tabut itu nanti ialah
Imam kita, Imamul Mahdi Al-Muntazar. Allah akan memberi kurnia kepadanya untuk
mengeluarkan tabut itu dari tempat tersimpannya sebagai bukti bahawa dia adalah
IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR.
APAKAH KANDUNGAN TABUT?
Peti Tabut mengandungi dua buah batu Loh yang
tertulis 10 wasiat Allah kepada Nabi Musa, sebatang tongkat Nabi Musa a.s yang
digunakan untuk membelah Laut Merah, serban Nabi Harun a.s dan sedikit makanan
yang diturunkan dari langit untuk Nabi Musa a.s dan pengikutnya ketika mereka
tersesat di padang pasir Teh 10 wasiat itu telah kami siarkan.
KEISTIMEWAAN LAIN Bani Israel percaya bahawa
Peti Tabut mempunyai banyak keistimewaannya. Mereka percaya bahawa barang siapa
yang dapat memiliki Peti Tabut akan mendapat keberkatan dan pertolongan dari
Allah swt. Jika dibawa berperang,ia boleh memberikan ketenangan, ketenteraman
dan semangat serta mampu mengalahkan musuh.
KEBIADAPAN ISRAEL TERHADAP TABUT
Malangnya, Bani Israel tidak tahu mensyukuri
anugerah yang diberikan itu. Mereka mengingkari segala perintah Allah s.w.t..
Mereka banyak memalsukan kitab suci mereka. Mereka juga ingkar dengan ajaran
Nabi Samuel.
Pada zaman tersebut, Nabi Samuel diutuskan oleh
Allah untuk menyeru mereka ke jalan kebenaran. Semasa kecil Nabi Samuel telah
dididik dan dibesarkan oleh para alim-ulamak. Baginda kemudiannya diajar dengan
ajaran Nabi Musa dan juga kitab sucinya iaitu Taurat.
Setelah dewasa dan menjadi utusan Allah, Nabi
Samuel mula berdakwah kepada Bani Israel supaya menyembah Allah tetapi mereka
ingkar. Malah, mereka tidak percaya akan kenabian Nabi Samuel. Mereka menuduhnya
sebagai pendusta. Bani Israel telah mencabarnya agar menunjukkan bukti
kenabiannya. Lalu Allah menarik balik keistimewaan yang diberikan kepada Bani
Israel itu.
DIA menukarkannya dengan memberi kekuatan dan
keberanian kepada orang-orang Filistin (Palestin). Ketika Filistin berperang
dengan Bani Israel, mereka berjaya mengalahkan Bani Israel. Bani Israel telah
diusir dari Jerusalem. Tabut yang menjadi azimat mereka selama ini telah
dirampas. Kemudian sesuatu telah berlaku.
Orang-orang Filistin mendapat bala kerana
menyentuh & mempersendakan tabut tersebut. Tabut Nabi Musa itu kemudiannya
direbut kembali oleh Bani Israel sesudah mereka insaf dan bertaubat. Tetapi
perangai degil mereka itu selalu berterusan.
Seterusnya Bani Israel mempersendakan perintah
Nabi Samuel sebagai pemimpin mereka. Maka Allah telah menghantar musuh yang
lebih besar kepada mereka.
p/s: Indiana Jones and Raiders of the lost Ark
adalah movie berkenaan Tabut Nabi Musa.
0 Response to "PENDEDAHAN APA SEBENARNYA YANG YAHUDI INGINKAN DI BAWAH MASJIDIL AQSA!"
Post a Comment