Bagaimana musuh Allah ini mampu mencipta
fenomena yang sedemikian rupa? Menerusi Bumi yang Tercinta, kami kongsikan
kepada anda semua.
Adakah anda sedar bahawa cuaca di bumi kita
sekarang telah menjadi tidak menentu?
Asyik berlaku kemarau, jerebu, banjir besar,
tsunami, ribut taufan, gempa bumi, …………
Adakah semua ini berlaku secara semula
jadi?
Sedangkan cuaca dibumi kita 50 tahun dahulu
tidak pernah menjadi seperti kini.
Jawapannya ialah cuaca di bumi kita kini bukan
lagi semulajadi tetapi telah di “KACAU”olah “SYAITAN” yang bertopengkan
manusia.
Pernahkah anda mendengar perkataan
“HAARP”?
“HAARP” atau digelar sebagai “High Frequency
Active Auroral Research Program”merupakan suatu teknologi yang digunakan untuk
mengubahsuai cuaca sehingga mengakibatkan terjadinya gempa bumi, tsunami, puting
beliung, kemarau, banjir, jerebu, letusan gunung berapi dan banyak
lagi.
HAARP juga boleh digunakan untuk mengganggu
sistem komunikasi di seluruh dunia.
HAARP sering digunakan sebagai senjata oleh
pihak Israel, Amerika dan Russia untuk melawan negara atau wilayah yang mereka
musuhi. Ini adalah cara peperangan yang terkini (Modern War).
Gambar dibawah menunjukkan lokasi HAARP yang
terdapat di bumi kita:
1) Gakona di Alaska,
2) Broome di Australia,
Selain dari HAARP, terdapat juga nama lain yang
fungsinya sama seperti HAARP iaitu:
1) Mu Radar – 1 megawatt (kekuatan) di Jepun.
2) Arecibo
Observatory – 2 megawatt (kekuatan) di Puerto Rico.
3) HIPAS – 70 megawatt (kekuatan) di timur Alaska.
4) Sura – 190 megawatt (kekuatan) di Russia.
5) EISCAT – 1 gigawatt (kekuatan) di Tromsø, Norway.
Berikut adalah contoh bencana alam yang
dihasilkan oleh HAARP:
2) Ribut taufan Ophelia (September 8-16,
2005).
3) Ribut taufan Bertha (July 8, 2008).
4) Myanmar Cyclone Nargis (2008).
5) Gempa bumi di China (12 May 2008).
Bagaimanakah HAARP berfungsi?
Gelombang yang dijana dari stesen HAARP akan
dipancarkan ke bahagian yang tertentu pada bahagian ionosfera di mana-mana
bahagian di dalam dunia. Gelombang tersebut seterusnya akan mengganggu
kestabilan ionosfera dan menyebabkan akan berlakunya penolakan ke arah luar
bumi. Lapisan ionosfera yang terganggu tadi secara semulajadinya akan kembali ke
keadaan asal. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya satu penolakan gelombang
semula ke muka bumi. Gelombang inilah yang akan menyebabkan kerosakan ke atas
muka bumi sama ada dalam bentuk tsunami, gempa bumi dan sebagainya.
Sekiranya mereka ingin membentuk tsunami
seperti yang berlaku di Jepun, mereka hanya perlu halakan gelombang tersebut ke
arah laut kerana gelombang tersebut akan membelah permukaan laut dan seterusnya
menyebabkan gempa di bawah laut. Maka terhasillah tsunami. Bagi menghasilkan
bencana alam atau cuaca yang mereka ingini, mereka hanya perlu menggunakan
frekuensi yang berlainan dan memancarnya ke arah ionosfera pada tempoh yang
tertentu bagi mendapatkan impak yang mereka ingini.
Banjir besar di Kelantan pada 24 Disember 2014
adalah kerana HAARP.
Fakta Penting:
1) Banjir di Kelantan pada 24 Disember 2014
adalah yang terburuk dalam sejarah banjir di Malaysia.
2) Tempiasnya merebak sehingga negeri Pahang
dan Terengganu.
"Bencana banjir tahun ini amat luar biasa dan
menggerunkan," begitulah luahan penduduk Kampung Batu Papan di Gua Musang
apabila kampung mereka seolah-olah sebuah pulau selepas digenangi 90 peratus air
dan hanya tinggal 10 peratus daratan.
Fakta diatas menunjukkan bukti yang kukuh
bahawa kejadian banjir di Kelantan pada 24 Disember 2014 adalah berpunca dari
HAARP.
Kenapakah "mereka" memilih Kelantan?
0 Response to "BANJIR DI KELANTAN BUKAN FENOMENA ALAM BIASA TETAPI 'DICIPTA' OLEH MUSUH ALLAH"
Post a Comment