Biasanya lepas Obomba datang sesebuah negara itu, ada benda-benda besar akan
terjadi.
1- Misalnya, MH17 yang terhempas dan TPPA yang
ditandatangani di Filipina.
Kali ini dia datang lagi ke Malaysia. Bukan
setakat TPPA, tetapi ada yang lebih besar menjadi matlamatnya.
Saya jangkakan, doktrin militer (baca: teroris)
akan mula disuntik dalam kalangan masyarakat agamawan. Mereka didakyah menjadi
pengebom berani mati sebagai membuka jalan untuk US dan proksinya memulakan
kempen anti-teror di rantau Nusantara.
Sekaligus membuka jalan untuk US memecah masuk
perairan Laut Cina Selatan dan menguasai Spratlys. US mahu intip Cina tetapi
gagal. Mereka menempatkan naval mereka di sana tetapi tidak cukup kuat untuk
bertahan disana. Mereka perlukan base disini untuk mengangkut bekalan.
Jawapan kepada mengapa US berminat dengan reef
and shoal tersebut adalah tentang Pulau Layang-layang.
Nantikan perkara besar selepas kedatangan
Obomba ini tidak lama lagi.
Sama ada kamu mahu menurut perintah, atau
diperintah....
You decide which proxy will you stands
for....
US-allies, or BRICS block...?
You will never sustain....
Perjanjian TPP hanya muslihat Amerika, kata Tun
M
SHAH ALAM - Malaysia diminta mengabaikan tarikh
akhir di mana perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) perlu dimeterai bersama
12 negara Pasifik lain Oktober depan, hujah bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Menurutnya, perjanjian itu adalah muslihat
Amerika Syarikat untuk menembusi pasaran domestik negara-negara, malah bukanlah
sebuah perkongsian yang sama rata.
"Kita banyak bercakap mengenai ketelusan. Mari
kita lihat ketelusan berkaitan rundingan TPP ini. Amaran Oktober itu patut
diabaikan dan biar China menyertainya," katanya menerusi blog chedet.cc
semalam.
Bekas pemimpin utama negara itu turut
menasihati Putrajaya supaya berterus-terang dalam isu TPP ini.
Pada hematnya, perjanjian TPP hanyalah sebuah
perjanjian yang merugikan negara.
"Apabila penyangak mata wang menyerang kita
dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya
kerana pada masa itu kita masih bebas.
"Tetapi selepas kita menandatangani perjanjian
TPP, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kita akan
dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme," katanya
lagi.
Semalam dalam Wacana Sinar Harian siri ke-22,
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed
berkata, pendirian kerajaan dalam rundingan TPP akan mengambil kira tiga perkara
utama iaitu perlembagaan negara, kuasa kerajaan negeri dan dasar negara seperti
hak Bumiputera dan perusahaan kecil dan sederhana.
"TPP masih dalam proses rundingan dan belum
pasti akan dilaksanakan. Tetapi kerajaan tidak akan menandatanganinya jika TPP
akan mengorbankan kepentingan negara," katanya.
Namun, Mustapa turut mengingatkan semua pihak
supaya lebih realistik kerana setiap perjanjian perdagangan, sama seperti
peraturan lain sedikit sebanyak mempunyai kesan negatif di sebalik manfaat yang
diperoleh.
"Kita negara perdagangan ketiga di belakang
Hong Kong dan Singapura, kita sangat bergantung kepada perdagangan kerana kita
ada (hasil bumi) tapi kita tak mampu buat semua," jelasnya.
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak memberikan komitmen kepada rundingan yang bermula sejak lebih dua
tahun lalu dan dijangka mencapai kata akhir persetujuan menjelang rangka lawatan
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Asia Tenggara Oktober depan.
0 Response to "RAHSIA TERSEMBUNYI DISEBALIK LAWATAN OBAMA KE MALAYSIA"
Post a Comment