
Inilah nilai Melayu.
Kejadian ini berlaku pada 19 Januari 2016, di KLIA 2.
Penerbangan saya dari
Kuala Lumpur - Kota Kinabalu dijadualkan pada jam 4.30 petang. Pekerja ini
langsung tidak memberikan layanan yang bagus apabila saya cuba merayu dan
menjelaskan punca saya tiba lewat.
"Kenapa tak datang esok
saja kak?" katanya.
Apa bengongnya? Kalau
penerbangan esok, kena datang esoklah, gitu? Penerbangan saya dijadualkan hari
ini, dan ini kali pertama saya terlambat.
Tetapi bila penerbangan
AirAsia ditangguhkan, penumpang kena tunggu, tetapi bila penumpang lewat
setengah jam sebelum departure, mereka langsung tak boleh bertolak ansur? Memang
cekik darah AirAsia ini.
Berbalik kepada lelaki
ini. Saya ingatkan dia akan menolong saya untuk check in sebab saya hanya
terlambat 50 minit sebelum. Saya tak ada check in sebarang bagasi. Gate hanya
ditutup sejam sebelum, bezanya 10 minit saja saya terlambat. Itu pun dia
langsung tidak mahu membenarkan saya masuk?
Ya Allah, sekali lagi
saya meminta dengannya elok-elok tetapi dia tetap kata tidak boleh. Dia siap
beritahu bahawa dia telah membantu beratus-ratus orang yang menaiki pesawat yang
sama saya naiki ini.
Saya memohon dia
mendaftar masuk nama saya untuk memasuki pesawat tersebut kerana saya perlu
balik ke kampung untuk berjumpa dengan anak saya yang bakal menjalani
pembedahan. Malangnya dia yang tidak berhati perut tetap enggan membenarkan saya
masuk.
"Saya bukan tak mahu
tolong, kalau boleh saya nak tolong angkat akak sekali sampai ke depan pintu
pesawat itu," katanya.
Saya langsung tidak
meminta untuk berbuat demikian, saya hanya meminta dia tolong check in untuk
saya seada ada masa 50 minit saja lagi.
"Itu bukan masalah
saya," katanya.
Saya cuba merayu namun
dia buat muka dan layan seperti... Ya Allah, hanya tuhan saja yang tahu. Dia
siap menjerit-jerit pada saya lagi. Tindakan dia membuatkan saya terpaksa
bersikap kurang ajar pada dia.
Akhir sekali saya rakam
gambar dia. Menyedari gambarnya dirakam, lalu dia memberikan
amaran.
"Kalau muka saya viral
di Facebook, saya akan saman awak!"
Di mana silap saya? Saya
takkan bersikap kurang ajar kalau dia tidak mulakan dulu. Kalau dia beri layanan
yang baik kepada saya, perkara ini tidak akan berlaku dan saya juga tidak perlu
merakam gambar dia. Tujuan saya buat begini juga untuk menyedarkan
dia.
Selepas insiden itu,
saya pergi ke kaunter perkhidmatan untuk bertanya di mana pejabat pengurusan
AirAsia untuk membuat aduan.
Ajaibnya, dua kakitangan
(lelaki) AirAsia melayan saya dengan penuh beradab dan berbudi bahasa. Mereka
tanya penerbangan saya ke mana, jadi saya jawab ke Kota Kinabalu. Ya Allah,
mujur mereka sudi membantu saya. Penerbangan lagi setengah jam akan berlepas.
Alhamdulillah.
Dalam rancangan Allah,
saya dapat juga naik pesawat ke Kota Kinabalu. - Sheila
Sumber: THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "'AKAK LAMBAT, BUKAN MASALAH SAYA' - STAFF AIRASIA"
Post a Comment