
CUBA . Penduduk di bandar Ciego de Avila gempar
dengan kelahiran seekor anak babi yang memiliki muka seakan monyet.
Menurut laporan Dailymail, anak babi tersebut
memiliki rahang beruk yang sama dengan beberapa kes kelahiran dan penemuan
serupa di China pada 2008.
Haiwan tersebut memiliki hidung yang lebih
pendek dan dahi berlekuk menyerupai monyet.
Sebuah video yang dirakam penduduk tempat juga
telah dimuat naik pada awal Januari lalu selepas haiwan tersebut dipamerkan
untuk umum.
Difahamkan, haiwan tersebut mati selepas empat
hari.
Menurut klinik veterinar tempatan, rupa aneh
anak babi tersebut berkemungkinan disebabkan penyakit Holoprosencephaly, sejenis
kecacatan otak dan menyebabkan bentuk muka atau kepala haiwan berubah dengan
mendadak.
Pada tahun 2008, seekor anak babi bermuka
monyet juga telah ditemui di bandar Xi Ping di China.
Haiwan tersebut juga mati tidak lama
kemudian.
0 Response to "Babi Ke Monyet?"
Post a Comment