
RANCANGAN Terlajak Puteh, Nampak? yang
disiarkan Disember lalu di Astro H!Live sempena ketibaan tahun baru 2016 terus
menjadi bualan sehingga kini.
Menurut Daily Seni, tayangan rancangan tersebut
di laman Facebook dan YouTube telah mencecah lebih tiga juta tontonan.
Terlajak Puteh, Nampak? menampilkan hos
tersohor Datuk Aznil Haji Nawawi yang membawa penonton ke kediaman agam tiga
jutawan kosmetik - Datuk Aliff Syukri (pemilik D’Herbs), Rita Datuk Susilawati
(pengarah urusan Nouvelle Visages), dan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk
Seri Vida (pengasas jenama Qu Puteh & Pamoga) yang baru-baru ini mengesahkan
tajaannya terhadap pasukan bola sepak Kelantan.
Walaupun wujud sesetengah netizen yang
berpandangan sinis dengan rancangan tersebut yang dianggap hanya mahu
menonjolkan kekayaan trio jutawan itu semata-mata, ramai juga yang berpendapat
rancangan tersebut memberi inspirasi.
Mereka kagum dengan kejayaan tiga jutawan
tersebut dan kemewahan yang dipaparkan menjadi inspirasi untuk mereka berusaha
lebih gigih dalam kehidupan.
Netizen turut menambah bahawa perhatian perlu
diberi kepada resepi kejayaan para jutawan ini yang berusaha dari bawah sebelum
memiliki segala-galanya: rumah agam, kereta berkuasa tinggi, kasut eksklusif
rekaan antarabangsa, malah tiara bertatah berlian.
Rancangan hasil buah fikir penerbit Syazwan
Zakariah itu dinamakan Terlajak Puteh, Nampak? sempena gabungan slogan yang
sering digunakan oleh trio jutawan berkenaan: 'Terlajak Laris' (Datuk Aliff
Syukri), 'Qu Puteh Qu Puteh Barulah Puteh' (Datuk Seri Vida), dan 'Nampak Lawa'
(Rita Datuk Sosilawati).
0 Response to "Rancangan Pamer Kekayan Beri Inspirasi"
Post a Comment