Isteri intai jiran baru kahwin, tindakan suaminya luar jangkaan
Ada
satu pasangan muda yang baru berkahwin tinggal di sebuah kawasan perumahan.
Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya
sedang menjemur pakaian... "Cuciannya kurang bersih ya bang," kata si isteri.
"Dia ni tentu tak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih
elok."
Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen
apa-apa. Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si
isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci
pakaian.
Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang
dijemur jirannya kelihatan betul-betul bersih, dan dia maklumkan kepada
suaminya, "abang tengok jiran kita ni dah basuh bersih pakaiannya, tak macam
sebelum ni, siapa agaknya yang ajar dia cara yang betul untuk membasuh
pakaian?"
Sang suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan
jendela kaca kita." Isterinya terkesima.
Dan begitulah kehidupan. Apa
yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan
fikiran (jendela), pabila kita memandangnya, jika HATI kita bersih, maka bersih
pula FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pula PERKATAAN kita.
Jika PERKATAAN kita bersih (baik), maka bersih (baik) pula PERBUATAN
kita.
Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup
kita. Jika ingin hidup kita berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik), maka
kita harus menjaga hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita agar tetap baik.
Kerana itulah segalanya.
HATI menentukan FIKIRAN. FIKIRAN
menentukan PERKATAAN & PERBUATAN.
2 hal paling baik di atas
kebaikan : ■ Sangka baik kepada Allah ■ Sangka baik kepada Hamba
Allah
perbanyakkan selawat ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad
S.A.W"
0 Response to "Isteri intai jiran baru kahwin, tindakan suaminya luar jangkaan"
Post a Comment