Kurma adalah buah ajaib, kecil pada saiznya namun
jika diambil secara konsisten setiap hari, ianya adalah makanan terbaik buat
kita umat manusia.
Kaya
dengan Glukos kerana itu ianya amat sempurna untuk tenaga berpanjangan sepanjang
hari.
Langkah demi langkah memproses biji kurma, saya
menggunakan biji kurma Ajwa. Namun pada post kali ini saya ingin berkongsi ilmu
dengan biji kurma. Biji kurma sangat banyak khasiatnya, untuk kulit dan juga
boleh dibuat minuman seperti kopi jika anda makan kurma, jangan terus membuang
bijinya.
Simpan dan
kumpul.
Cara-cara memproses biji
kurma;
1. Basuh biji kurma dan tos
kering
2. Taburkan di atas dulang atau penutup periuk dan
jemurkan seharian
3. Gorengkan biji kurma tanpa menggunakan minyak ,
goreng sehingga hangus pastikan biji kurma hitam legam, pada ketika ini biji
kurma akan mengeluarkan bau harum dan sangat wangi persis biji
kopi!
4. Tumbuk dengan batu lesung atau kisar dengan
menggunakan pengisar kering (jangan risau kerana tekstur biji kurma sudah garing
dan tidak keras)
5.
Simpan di dalam botol kaca dan boleh digunakan dengan jangkamasa yang
lama
*Buku Islamic Medicine The Key To A Better Life
hasil tulisan dan kajian Yusuf Al Hajj Ahmad membicarakan secara terperinci
mengenai KURMA.
Kebaikannya?
1) Sebagai minuman penganti kopi, warnanya tidak
segelap kopi tapi rasanya seakan akan kopi. Ianya memberi tenaga baik pada
peminum
2) Anda juga boleh menggunakan serbuk biji kopi
untuk membuat perapan daging dicampur dengan pelbagai rempah ratus dan
Subhanallah perapan daging amat amat lembut
3) Digunakan sebagai scrub badan (saya akan
kongsikan tips scrubbing dengan anda pada post yang lain) . Gabungan scrub biji
kurma dengan #pevoo dan #madu akan membuatkan kulit badan anda selembut baby!.
Natural? yes and safe!
4) Jika anda mengalami masalah keguguran rambut
yang serius dan kronik sehingga menyebabkan anda BOTAK!!! maka inilah natural
remedy atau cara semulajadi untuk mengaktifkan sel kulit kepala yang sudah mati.
Amalan menyapu biji kurma dicampur dengan Minyak Zaitun Ramallah Extra Virgin
PEVOO , maka hasilnya adalah TERBAIK. Penggunaan secara Konsisten setiap hari
sebelum tidur akan membuatkan sel kulit kepala yang bermasalah kembali sihat dan
anak anak rambut kembali keluar dengan sihat !!!
0 Response to "MENARIK!! ANDA PASTI TIDAK LAGI MEMBUANG BIJI KURMA SELEPAS MEMBACA ARTIKEL INI"
Post a Comment