TERGAMAK PENGUSAHA KANTIN LAYAN PELAJAR SEPERTI PENGEMIS

    Gambar Hiasan
Pagi tadi, dalam program televisyen membincangkan betapa teruknya sikap sesetengah pengusaha kantin di sekolah menganiaya kanak-kanak naif. 

Bayangkan anak-anak darjah satu, berwajah suci dan tidak bersalah ini mengalami perkara-perkara di bawah:


1. Murid yang membayar menggunakan duit besar tetapi tidak dikembalikan duit baki. Murid berlalu pergi tanpa diberitahu. Kedua-dua pihak rasa tidak bersalah.

2. Apabila murid bertanya harga, pelayan memberitahu "Dua, RM1.00,". Sedangkan boleh saja diberitahu harga seunit, "Satu, 50 sen,". Yang kasihannya, anak ini terpaksa membeli dua unit sedangkan dia hanya memerlukan satu sahaja.

3. Harga secawan (saiz kanak-kanak) air sirap adalah RM1.00. Harganya hampir menyamai harga segelas air sirap untuk orang dewasa di kedai makan. Apa yang lebih menyedihkan, anak ini cuma ada 50 sen sahaja di tangannya. Maka dapatlah dia separuh cawan.

Tidak dapat saya membayangkan betapa tergamaknya anak-anak yang tidak berdosa ini diperdayakan. Walaupun diketahui syarat sah pihak jual beli haruslah mumayz/baligh, namun situasi begini amat menyedihkan.

4. Satu lagi kes, bila ramai murid yang beratur mengambil makanan, sampai di hujung barisan, makan sudah habis. Ada kes lain, bila loceng berbunyi, anak ini tak jadi makan. Terpaksa beredar dari kantin dan terus masuk kelas dengan perut lapar.

Wahai ibu bapa, kita sajalah penyelamat mereka. Marilah kita membudayakan semula amalan bekal makanan pada anak-anak. Jika satu Malaysia ibu bapa sediakan bekal, alamatnya pengusaha kantin juga kena memikirkan cara lain untuk mencari makan.

Ada sesetengah pengusaha kantin yang melarang anak membawa bekal makanan di kantin. Abaikan saja peraturan yang tidak masuk akal ini. Makan di bawah pokok pun tak mengapa. Kenangan terindah. Anak-anak yatim pula bagaimana? Lagi sayu hati bila memikirkannya.

Cerita tentang makan ini, semua orang boleh sentap. Kita sebagai ibu bapa makan sedap di waktu tengah hari, anak-anak kita makan apa pula di sana?

Artikel diatas adalah penulisan dan perkongsian di Facebook oleh saudara Al Irfan Jani yang dimuatnaik beliau pada Januari 2015 tahun lalu.

Related Posts :

0 Response to "TERGAMAK PENGUSAHA KANTIN LAYAN PELAJAR SEPERTI PENGEMIS"

Post a Comment