
SEMESTINYA ‘superhero’ yang boleh kita harapkan dalam memberi bantuan kecemasan pastinya tidak lain dan tidak bukan adalah anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Merekalah yang sanggup
bersengkang mata di waktu malam sewaktu kita lena dibuai mimpi, mahupun di kala
terik mentari bagi memberikan keselamatan dan kesejahteraan kepada
masyarakat.
Begitulah nasib seorang
kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan lebih dua jam selepas kaki kirinya
terjerlus ke dalam lubang tandas di rumahnya di Lembah Jaya Selatan,
Selangor.
Mujurlah anggota bomba tiba
awal di lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan daripada ahli
keluarga mangsa pada jam 12.20 tengah hari Khamis.



Pihak bomba dilihat
memecahkan keliling lubang tandas itu dan berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak
terbabit tanpa sebarang kecederaan.
Kes seperti ini nampaknya
sering sahaja berlaku melibatkan kanak-kanak disebabkan struktur permukaan
tandas cangkung yang licin ditambah pula kaki kanak-kanak yang kecil membuatkan
kejadian ini mudah berlaku.
Apa-apa pun, syabas buat
anggota bomba dan penyelamat yang begitu gigih tanpa mengira
waktu!
Mynewshub
0 Response to "(4 Gambar) Kanak-Kanak Jerlus Kaki Dalam Lubang Tandas"
Post a Comment