Pelakon wanita yang suam-suam kuku ni mengingatkan netizen agar jangan menyamakan dirinya dengan perempuan murahan hanya kerana beliau digossipkan dengan suami orang.
Dalam satu kenyataan, Fara Mendoza mahu para peminatnya agar memberikannya peluang untuk membuktikan bakat di bidang lakonan sebelum mengutuk dirinya sebagai hanya mencari publisiti murahan.
Berkenaan dengan gambar seksi dn terlampau yang tersebar di media sosial, Fara menjelaskan itu semua bukan bermakna dia adalah seorang yang tidak mempunyai maruah..
"Gambar-gambar yang disebarkan itu adalah gambar lama saya, tipulah kalau kata saya tidak pergi tempat-tempat hiburan kerana saya seperti orang lain juga yang pernah melakukan kesilapan.
"Namun kalau menuduh saya sebagai bohsia atau gadis liar itu sudah keterlaluan kerana saya masih tahu batas-batasnya. Lagi pula gambar-gambar yang disebarkan itu gambar saya bersama kawan perempuan dan bukannya lelaki. Pada saya gambar itu tiada kaitan dengan isu Fizz Fairuz itu.." katanya.

Fara yang mencetuskan kontroversi apabila mengaku cuba dipikat oleh Fizz Fairuz, kini menjadi sasaran kritikan dari komuniti media sosial.
Dengan gambar-gambar keterlaluan yang tersebar, Fara kini dianggap pelakon wanita yang tak mempunyai bakat dan hanya gilakan publisiti murahan dengan menggunakan kecantikan untuk popular.
0 Response to "Pelakon Wanita Baru Tak Mengaku Pernah Jadi BOHSIA"
Post a Comment