Sejak percintaan beliau dan Kamal Adli putus di tengah jalan, Intan Ladyana agak
kurang membicarakan kisah peribadinya kepada umum. Meskipun pernah dikaitkan
dengan seorang lelaki sebelum ini, hubungan itu nampaknya tidak pergi jauh dan
beliau kembali solo.
Namun, menerusi satu laporan di sisipan Hits oleh Utusan Malaysia, ada
sumber yang mengatakan Intan Ladyana kini sedang rapat dengan seorang lelaki
kacak berkulit hitam manis.
Menurut sumber itu lagi, beliau terserempak dengan Intan dan jejaka itu
yang sedang meluangkan masa bersama di sebuah pusat membeli-belah pada hujung
minggu lalu. Malah, pasangan ini nampak sangat sepadan.
Erm, mungkinkah Intan Ladyana sudah mempunyai kekasih baharu? Kalau betul
apa salahnya, kami pasti ramai peminat yang hendak melihat anda bahagia. Jika
anda sudah bertemu dengan seseorang yang betul-betul sesuai, tidak perlu
bercinta lama-lama. Apa-apa pun, kami doakan agar Intan dan jejaka tersebut ada
jodoh bersama.



Sumber: beautifulnara
0 Response to "Intan Ladyana Sudah Ada Kekasih Baharu yang sado dan kacak bergaya?"
Post a Comment