
BELUM pun reda mengenai
isu Jubah Pahlawan atau Jubah Sado yang viral di laman sosial akhir-akhir ini,
kini timbul pula isu berkaitan jubah wanita atau jubah Muslimah yang diibaratkan
seolah-olah bertelanjang atau bogel.

Trend fesyen busana atau
jubah Muslimah dalam kalangan wanita tempatan memang mendapat perhatian
akhir-akhir ini.
Tambahan pula, ramai artis
tempatan yang mula berhijrah ke arah yang lebih sopan dan terbitnya
jenama-jenama Muslimah selebriti itu sendiri.
Ramai dalam kalangan
mereka yang sudah berhijrah namun penampilan mereka tetap patuh pada Syariah
antaranya Diana Amir, Irma Hasmie dan beberapa lagi artis terkenal tanah
air.

Diana
Amir
Busana Muslimah atau
sebarang pakaian yang dikategorikan sebagai pakaian Muslimah sepatutnya menutup
aurat dan memenuhi garis panduan dan etika pemakaian seorang
muslimah.
Namun sebaliknya berlaku
dalam perkembangan fesyen Muslimah tanah air semenjak kebelakangan
ini.
Jubah atau busana Muslimah
yang sepatutnya mencerminkan identiti wanita Muslimah yang mempunyai pekerti
sebagai seorang yang pemalu, rendah diri, sederhana, bermaruah dan mulia telah
dieksploitasi dengan kemunculan jubah ‘Muslimah’ hakikatnya
bertelanjang.
Bukan dosa atau pahala
yang cuba dipersoalkan, tetapi keselamatan kaum Hawa itu sendiri akan terjejas
sekiranya penampilan yang menjolok mata mengundang ‘buaya’ darat yang ada di
sekeliling.
Tidak dapat dinafikan
bahawa rekaan jubah sekarang memang menutup aurat dan tidak menampakkan warna
kulit. Akan tetapi potongan jubah yang ketat harus dipersoalkan, seolah-olah si
pemakai mendedahkan aurat secara ‘berhemah’ dan ‘sopan’ hakikatnya timbul sana
sini.

Sedarlah bahawa tujuan
asal jubah adalah untuk mengurang impak seksual dan menghalang pengaruh dari
tubuh wanita ke atas pandangan nafsu syahwat kaum lelaki yang
melihat.
Nasihat kami kepada wanita
di luar sana yang berhijab mahupun tidak, tidak salah untuk ikuti perkembangan
fesyen semasa tetapi harus ada garis panduannya lebih-lebih lagi golongan
‘Hijabister’.
0 Response to "AWAS!! JUBAH MUSLIMAH 'TELANJANG' YANG KINI VIRAL!!"
Post a Comment