Berkongsi berita beliau sudah selamat bersalin puteri
pertamanya bersama suami Daud McKienzie, Lana Nodin masih lagi menerima pelbagai
kritikan daripada sesetengah netizen.
Ada yang mempersoalkan status sebenar anak
perempuannya itu, siapa kira bila tarikh nikah Lana sehinggalah tarikh bersalin.
Pergh, sampai macam tu sekali mereka hendak siasat.
Antara komen yang
diterima ialah Lana sudah mengandung sewaktu beliau berkahwin dan banyak
lagi.
Walaubagaimanapun, tidak semua berfikiran negatif seperti itu.
Beberapa pengikut Instagram mempertahankan Lana dan mempercayai kadang-kala
kiraan seseorang itu tidak betul.
Mengenai mereka yang
mempertikaikan status anaknya, Lana menerusi ruang komen di akaun Instagram
miliknya berkata beliau dan suami tidak akan memaafkan mereka yang menghina
anaknya sehingga ke akhir hayat.
Berikut adalah komen penuh Lana
:-
Ni la manusia…bila kita dah share berita, macam2 spekulasi macam2 benda buruk akan keluar….tak boleh ke tumpang gembira utk kami sekeluarga???ini baru je dlm my insta….dlm blog, social media yg lain??…macam2 duk jaga tepi kain cari mane silap nak jadi keyboard warrior…apa motif duk kira bulan la tarikh kawin bagai apasal??so ada point korang Nak menuduh or buat citer lagi panas lagi laris gossip tu??Just FYI pada sesiapa yg komen buruk pasal anak i bukan saje di sini malah di blog2, di social media yg lain, sy dan suami takkan maafkan anda sehingga la hujung nafas kami selagi anda tak minta maaf pada kami terang2 seperti mana anad buat keputusan nak jadi keyboard warrior sangat walaupun sebesar zarah terdetik pasal buruk anak atau maruah keluarga sy…
Before this, org mengata, mengutuk sy, sy boleh telan dan move on…but this time pasal anak sy, I WILL NO LONGER BE QUITE!!… Why can you just be happy and doa yg baik2 for us instead sibuk cari buruk org? To all bloggers, keyboard warrior also, we want to say tq for ur bad speculation and mean harm writing or comment.Like i said, me and my husband will never forgive someone like u because ur buah mulut, fitnah yg merosakkan maruah anak tak berdosa. But to all my fans who really sincere to us, sy sekeluarga ucapkan terima kasih atas doa2 dan ucapan tahniah pada kami, insyallah bile sampai masa yg sesuai, sy dan suami akan memperkenalkan baby Gia pada semua…terima kasih dan salam semua.
Mungkin Lana Nodin
sebelum ini dilabelkan sebagai gadis “liar” tetapi itu semua kisah dahulu.
Manusia itu boleh berubah dan tidak dapat dinafikan Lana sudah menjadi wanita
yang lebih baik daripada sebelumnya. Janganlah terus anggap seseorang itu
negatif sehingga ke akhir hayat. Diri kita ini belum tentu lagi
sempurna.
0 Response to "PANAS!! ISU ANAK DIPERSOAL, LANA NORDIN MENGAMUK"
Post a Comment