KUALA LUMPUR:
Tindakan seorang ahli Parlimen iaitu YB Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad yang
hadir ke parlimen dengan menunggang motor kuasa besar telah menarik perhatian
pihak media.
Memetik laporan SuaraTV, beliau dengan gaya bersahaja dilihat
menunggang motor milik rakannya itu kerana dikatakan ingin melepaskan ‘gian’
setelah sekian lama meninggalkan hobi tersebut.
“Ia berlaku secara tak sengaja sebab itu motor
kawan saya, saya sangat suka dengan aktiviti menunggang motorsikal dan pernah
menyertai beberapa konvoi motosikal kuasa besar suatu ketika dahulu."
“Saya dah lama memiliki lesen B dan dulu masa
mewakili Puteri (Umno) saya pernah ikut konvoi Datuk Seri Zahid Hamidi sebab
dulu saya ada motor sendiri tapi sekarang tinggal helmet sahaja.
“Sebab (sebagai) orang kampung memang (kami)
selalu bawa motor, cuma saya kecil-kecil dahulu hanya mampu naik Vespa dan sejak
usia 16 tahun (saya) sudah dapat lesen pertama,” katanya lagi.
Bagaimanapun
menurutnya, sudah hampir setahun dia tidak menunggang motor yang menjadi rutin
dan hobinya sebelum ini. - Siakapkeli.my
0 Response to "(Video) Ahli Parlimen Wanita Ke Parlimen Tunggang Motosikal Berkuasa Besar Jadi Viral"
Post a Comment