Kuching, 12 Mac - Ketua Menteri, Tan Sri
Adenan Satem hari ini menzahirkan kekagumannya dengan usaha Perdana Menteri yang
begitu prihatin dengan nasih dan pembangunan di Sarawak.
Adenan berkata kekerapan Najib melakukan lawatan
kerja di Sarawak tidak pernah dilakukan oleh lima Perdana Menteri
terdahulu.
“Terima kasih (Perdana Menteri) semua pelusuk
Sarawak beliau telah pergi dan kerap bertemu dengan masyarakat Sarawak seperti
orang laut dan Iban.
“(Disebabkan itu) saya nasihatkan Perdana Menteri
untuk cari bini baru dari kalangan orang Iban” katanya secara berjenaka
ketika berucap pada Majlis Perasmian Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA)
peringkat kebangsaan di Tebingan Kuching, sebentar tadi.
Perdana Menteri dalam rangka lawatan tiga hari ke
negeri tersebut.
Menurut Adenan lagi,
sepanjang enam tahun memimpin negara, Najib telah mengadakan lawatan sebanyak 47
kali ke Sarawak.
“Syukur alhamdulillah, dalam enam ke tujuh tahun
lagi Sarawak akan membangun seperti Semenanjung dengan pembinaan lebuhraya
Pan-Borneo.
“Walaupun ekonomi Malaysia merosot disebabkan
harga minyak yang menurun, dari RM120 setong kepada RM30 setong dan Kerajaan
Persekutuan kekurangan dana pembangunan namun beliau masih sangup belanjakan 16
billion untuyk negeri Sarawak.
“Itu sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh
Perdana Menteri sebelumnya dan ia amat mengkagumkan, beliau bukan datang dengan
tangan kosong, setiap kali datang ada sahaja pengumuman besar untuk pembangunan
negeri ini,” katanya sebagaimana lapor Suara TV. -Siakapkeli.my
Adakah
anda bersetuju dengan nasihat Tan Sri Adenan?
0 Response to "(Video) Saya Nasihatkan Perdana Menteri Cari Bini Baru, Seloroh Tan Sri Adenan"
Post a Comment