
Enggan
mengungkit kembali kisah silamnya, juara #AF2015 Sufi memberitahu dia kini ingin
memberikan fokus sepenuhnya terhadap kerjayanya.
Sufi
atau nama sebenarnya Sufie Rashid mengakui dia tidak mahu sejarah hitam itu
dipanjangkan lagi dan lebih selesa jika tidak bercerita mengenai kehidupan
peribadinya.
“Bagi
saya apa yang dah berlaku itu biarlah berlalu dan kalau boleh saya tidak mahu
ungkit hal yang berkaitan dengan kontroversi ataupun peribadi.
“Saya
ingin buktikan bahawa kemenangan ini bukanlah disebabkan kontroversi yang
melanda sebaliknya kerana saya diiktiraf atas bakat saya sendiri.
“Tidak
perlu dipanjangkan melainkan perkara tersebut benar-benar serius. Selepas ini
saya mahu lebih fokus pada kerjaya saya sebagai seorang penyanyi.
“Jika
ada pihak yang bertanya mengenai hal peribadi, saya akan tolak dengan baik,”
katanya ketika ditemui Astro Gempak sebaik sahaja tamat konsert akhir
#AF2015.
Selain
itu, Sufi juga menafikan dakwaan yang mengatakan dia cuba meraih undian dengan
tampil membantu penyanyi cilik Indonesia, Tegar yang dikatakan berhadapan dengan
kes gangguan seksual yang dilakukan oleh bekas pengurus yang juga merupakan bapa
tirinya, Arif Dollah sekitar Mac lalu.
“Dakwaan
itu tidak benar sama sekali, malah perkara itu berlaku sebelum saya sertai
#AF2015 dan mana mungkin saya mahu menjadikan isu itu untuk meraih undian.
“Malah
saya juga tak rasa menyesal sewaktu memberikan kenyataan mengenai kes tersebut
kerana niat saya hanya satu iaitu untuk membantu sahabat saya.
“Sepanjang
tiga bulan berada di akademi, saya tidak berhubung dengan dunia luar dan tidak
tahu mengenai perkembangan kes tersebut.
“Selepas
ini saya mahu berikan yang terbaik terhadap apa sahaja yang saya lakukan untuk
kerjaya dalam karier muzik saya,” katanya yang mengakui tidak mengetahui bahawa
kes tersebut telah digugurkan.
Terdahulu,
Sufi pernah membuat pengakuan peribadi di hadapan pihak media dengan mengatakan
bahawa dia pernah didera secara seksual oleh Arif Dollah.
Pendedahan
itu dilakukan selepas pihak Tegar membuat laporan polis di Singapura berkenaan
dengan kes gangguan seksual yang dilakukan oleh Arif terhadap Tegar.
Teks
oleh Mya Amri
0 Response to "Jawapan Balas Sufi AF2015 Apabila Sejarah Hitamnya Terbongkar !"
Post a Comment