6 Foto: Berani Gilerr!!.. Umie Aida lakukan skydiving dari paras 14 ribu kaki

Bila lihat foto Umie Aida lakukan “skydiving” memang buat kami rasa seram, sejuk, gayat semua ada.Bagi kami memang hebat dan berani sungguh Umie melakukan aksi sebegitu.


Umie Aida Lakukan Skydiving Dari Paras 14 Ribu Kaki
Umie Aida Lakukan Skydiving Dari Paras 14 Ribu Kaki
Umie mengambil kesempatan untuk mencuba sukan ekstrem itu ketika bercuti di Sydney, Australia baru-baru ini. Rupa-rupanya ini kali kedua Umie beraksi dari paras 14 ribu kaki.

Saya berada di Sydney selama 10 hari sehingga 4 Januari. Tujuannya adalah untuk melakukan sky dive buat kali kedua serta mendaki Blue Mountain.

Ini kali kedua melakukan sky dive di lokasi yang sama. Semasa kali pertama tahun lepas tak rasa apa sangat. Masa itu hanya sebab nak capai impian melakukannya buat pertama kali.

Kali kedua ini pula perasaannya lain macam sebab saya dah tahu selok-belok dan prosedur yang betul setelah menjalani latihan di bawah kendalian beberapa jurulatih berkelayakan. Lagipun, terjunan kali kedua ini sudah lama dirancang. Nikmat dan keseronokan terjunan kali kedua sungguh lain macam.

Rasa takut itu langsung tiada… orang cakap ‘heartless’, macam hati kering. Yang utama saya fikir ialah untuk menyempurnakan impian melakukan sky dive.Ianya sangat mencabar adrenalin.


Sesetengah pihak akan berfikir tidakkah takut mati andai alat terjunan itu tidak berfungsi baik? Walaubagaimanapun, buat Umie semua itu terletak di tangan Allah SWT.

Umie Aida Lakukan Skydiving Dari Paras 14 Ribu Kaki

Dalam kehidupan ini kita jangan fikir negatif sangat. Kalau terlalu fikir benda buruk, maka langsung takkan buat. Saya ini seorang yang berfikiran positif dalam segala hal. Lagipun, segala kelengkapan disediakan oleh pakar terlatih dan semuanya berfungsi kerana pakej sukan ekstrem ini memerlukan kos yang sangat tinggi.

Bagi saya, hanya ‘orang gila’ yang sukakan cabaran akan tahu nikmat dan keseronokan apabila berada di udara pada paras lebih 10 ribu kaki.Ini adalah satu aktiviti yang beri kepuasan.

Jom lihat lagi aksi Umie Aida ketika berada di udara dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Berita: Mangga Online

Umie Aida Lakukan Skydiving Dari Paras 14 Ribu Kaki

Umie Aida Lakukan Skydiving Dari Paras 14 Ribu Kaki

Umie Aida Lakukan Skydiving Dari Paras 14 Ribu Kaki

Umie Aida Lakukan Skydiving Dari Paras 14 Ribu Kaki

0 Response to "6 Foto: Berani Gilerr!!.. Umie Aida lakukan skydiving dari paras 14 ribu kaki"

Post a Comment