AHMAD MASLAN TAMPIL DENGAN IDEA TERBARU, TOREH GETAH
Selepas
menerima kritikan daripada rakyat Malaysia berkenaan isu dua kerja, Timbalan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan sekali
lagi tampil dengan idea baru, dikenali sebagai 'formula PKPK'.
Formula
PKPK adalah pendidikan, kemahiran, produktiviti dan keusahawan, yang menurutnya
boleh dilakukan bagi menambah pendapatan.
Idea
itu diusulkan menerusi postingnya di Twitter.
Bukan
itu sahaja, Ahmad turut memuatnaik gambarnya yang sedang menoreh getah di laman
mikro berkenaan.
Beliau
menyatakan harapan agar pendapatan penoreh dapat ditingkatkan, memandangkan tahu
bagaimana perit jerihnya golongan itu untuk mencari rezeki.
Ahmad
yang juga Ahli Parlimen Pontian dalam pada itu berkata isu dua kerja yang
mengundang rasa tidak senang di kalangan rakyat di negara ini perlu difahami
dengan ia boleh dilakukan pada waktu malam atau hujung minggu.
“TambahPendapatan
cari rezeki yang halal. (Sebanyak) 9/10 punca kekayaan daripada sumber
perniagaan, pesan nabi. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih,” katanya
di Twitter.
0 Response to "AHMAD MASLAN TAMPIL DENGAN IDEA TERBARU, TOREH GETAH"
Post a Comment