Jijik Dengan Bulu Roma
Isteri, Suami Dah Tak Sentuh Selepas Malam Pertama | Mungkin ramai antara anda
yang memiliki bulu roma lebat yang luar biasa dari seorang manusia
biasa.
Namun, sebenarnya ia
merupakan suatu kelebihan di mana badan anda dapat mengawal suhu dengan lebih
cekap.
Tapi, kali ini kami
kongsikan kepada anda bagaimana seorang suami yang geli dan jijik dengan bulu
pada badan isterinya sehingga tidak mahu menyentuh isterinya.
Isterinya meminta nasihat
daripada anda semua untuk mempertahankan mahligai yang telah di
bina.

Assalam
Admin.
Saya ada benda nak
berkongsi. Tapi macam malu sangat nak cerita kat orang. Harap kalau bagitau kat
sini ada lah yang sudi dengar dan beri pendapat tanpa judge saya.
Saya baru berkahwin 6
bulan lepas. Isunya di sini, suami tak nak sentuh saya. Selepas malam pertama
kami, dia tak sentuh saya dah. Masa honeymoon pun dia buat tak
endah.
Bila saya tanya barulah
saya dapat tahu. Rupanya suami geli dengan bulu roma pada badan saya. Katanya
dia jijik. Tak sangka ada perempuan yang berbulu lebat macam saya. Saya memang
berbulu di seluruh badan. Ya, seluruh badan!
Saya sedih sangat. Saya
memang dilahirkan macam ni. Apa saya boleh buat? Bila saya jumpa doktor, doktor
cakap saya takde masalah. Saya cuma ada sikit hormon imbalance yang mana hormon
testosterone saya lebih sikit dari perempuan biasa. tapi doc kata tak lah sampai
tahap teruk atau bahaya sebab dia kata kalau kes teruk perempuan tu memang dah
macam lelaki dah - suara agak garau etc etc. Doc kata ini hirsutism tapi yang
jadi kat saya ni adalah hirsutism paling minima. Kalau hirsutism teruk ada yang
sampai boleh jadi mandul tapi doc kata saya tidak. Masih normal dan memang tak
ada apa masalah.
Saya terangkan pada suami.
Dia kata dia faham tapi dia tetap tak boleh buang rasa jijik tu. Kalau bahagian
kaki dan bawah lengan memang takde masalah untuk saya nak cukur ke guna epilator
semua. Dan memang saya sentiasa pastikan bahagian yang perlu shave ni saya shave
sentiasa. Leceh memang leceh tapi saya anggap semua ni pengorbanan untuk suami.
Sayangnya, dia tetap tak pandang pun. Dan dekat bahagian lain macam mana?
Belakang badan saya pun berbulu. Walaupun bulu halus lembut dan bukannya kasar
bergulung, tetap nampak kat mata. Dan sebab tu suami jijik.
Saya pernah tanya tempat
yang ada laser. Katanya boleh buat tapi bayarannya cecah puluhan ribu. Dan
hasilnya belum tentu permanent walaupun iklannya kata permanent. Mereka kata
kalau bulu banyak sebab hormon, cuma boleh buang je lah. Sebab selagi hormon tak
balance memang takkan hilang bulu. Kalau pergi buang selalu entah berapa lagi
lah kosnya. Kalau saya berduit memang saya tak kisah. Tapi saya memang takde
duit sebanyak tu. Dan sebelum kahwin saya dah resign kerja sebab suami tak bagi
kerja. Dan lagi, suami pula hanya tahu complain tapi bila saya cakap dengan dia
tentang kos takde pulak dia kata nak tolong bayarkan ke apa.
Saya tak faham perangai
dia. Sebelum kahwin dia pernah nampak saya berlengan pendek dan nampak bulu roma
lebat di tangan saya. Tapi dia tak kata apa. Di muka dan leher saya pun kalau
duduk sebelah saya boleh nampak bulu roma halus. Dia nampak je selama ni tapi
tetap teruskan masuk meminang dan kahwin dengan saya. Kalau jijik kenapa tak
dari dulu jijik? Kenapa tiba2 nak jijik? Bila saya persoalkan dia diam je. Tak
kata apa.
Maaf kalau terlalu open
tapi orang yang dah pernah merasai hubungan intim mesti faham apa rasanya bila
disentuh cuma sekali dan seterusnya tak dapat. Dan dengan hormon imbalance saya
ni memang saya akui s*x drive saya lebih tinggi dari perempuan biasa. Sungguh
saya terseksa bila jadi macam ni.
Saya cuba tutup kekurangan
yang satu ni dengan cuba untuk jadi isteri terbaik. Masak untuk suami, sediakan
makan pakai dia, give up kerjaya untuk jadi suri rumah sepenuh masa supaya boleh
kejar syurga dengan melayan suami. Akhirnya hampa.
Suami makan pun tak
pandang muka saya. Lepas saya salam dia lepas solat atau bila dia pergi dan
balik kerja takde pun dia nak cium saya. Jijik sangat agaknya. Saya geram macam
mana pun alhamdulillah tak pernah lagi tinggi suara pada dia. Bila saya marah
atau sedih dengan kata2 dia yang menghina fizikal saya ni saya sabarkan hati.
Berendam air mata sorang2. Takpelah asalkan saya tak berdosa marah atau tengking
dia bila saya terasa hati.
Sampai satu tahap saya
terfikir, kalau suami nak tinggalkan saya, saya redha. Tapi ada ke lelaki lain
yang sudi nak terima orang macam saya ni? Jijik sangat ke bila berbulu sedangkan
Allah yang cipta saya macamni. Sudahlah selama ni memang rendah diri dengan
keadaan fizikal saya ni. Bila dah kahwin suami menjauh atas sebab kekurangan
yang satu ni, memang membunuh keyakinan diri saya 100%. Rasa terhina
sangat.
Dulu saya ada terfikir
masalah macamni akan muncul kalau saya kahwin sampai saya takut nak kahwin. Tapi
bila suami tunjukkan kesungguhan nak kahwin dengan saya, saya ingat dia tak
kisah dengan kekurangan saya ni. Walhal bukannya bulu roma saya ni panjang kasar
bergulung macam beruk. Cuma kuantiti lebih banyak dari perempuan lain. Salah
saya ke? Tak sangka kerisauan saya jadi realiti. Sedih sungguh rasanya. Saya
ingatkan dia sayang saya kerana diri saya. Tapi nampaknya dia lagi kisahkan
fizikal saya dari hati saya dan segala apa yang saya telah buat dan korbankan
untuk dia.
Saya tak pernah ambil
kisah pun tentang betapa tak sempurnanya dia tu. Dia pun muka biasa2 saje. Kalau
saya nak kutuk fizikal dia, macam2 saya boleh kutuk. Tapi pd saya semua tu tak
perlu sebab saya memang sayangkan dia. Ikhlas cintakan dia. Dalam kebanyakan
perkara dia memang calon suami terbaik. Maknanya bila hubungan jadi macamni
memang salah saya lah agaknya. Memang berpunca dari kekurangan saya
lah.
Dia tak 'dapat' dari saya
mungkin dia boleh kahwin lain. Dapatkan dari perempuan lain. Tapi nasib saya ni
macam mana? Adake lelaki yang boleh terima perempuan tanpa kisahkan fizikal dia?
Saya pun nak ada zuriat sendiri. Nak merasai mengandung dan lahirkan anak
sendiri. Tapi kalau dia tak sentuh saya macam mana? Sampaikan saya pernah cakap
dengan dia, saya tak kisah saya ni puas atau tak tapi sentuh lah saya sampai
dapat anak. Lepastu nak tinggalkan saya ke apa silakan. Kalau saya ni berduit
memang saya buat ivf je. Senang. Biar dia tak perlu sentuh saya yang jijik
ni.
Yang paling saya risau
adalah kalau parents saya tahu tentang ni. Mesti kecewa mereka. Serahkan anak
pada lelaki yang mereka sangka dapat sayangi saya dan jaga saya sebaik mana
mereka jaga. Tapi rupanya anak mereka ni menderita. Saya tak nak parents saya
tahu saya tak bahagia. Tak sanggup nak tengok mereka tempuhi hari tua dlm
keadaan yang risaukan saya.
Entahlah. Serabut kepala
jadinya. Isunya cuma satu tapi meleret sampai mewujudkan isu lain. Sedih sangat
rasanya.
Agaknya kalau bulu ni
adalah satu stigma negatif pada lelaki, sanggup ke diorang nak shave setiap 3
hari? Atau sanggup ke diorang nak wax sebulan sekali? Proses buang bulu ni makan
masa, kadang2 sakit, penat. Entah lah. Saya tak tahu apa lagi nak
buat.
0 Response to "JIJIK DENGAN BULU ROMA ISTERI, SUAMI DAH TAK SENTUH SELEPAS MALAM PERTAMA"
Post a Comment