Anak Azmil Mustapha Sahkan Bap Kritikal Di Hospital Putrajaya

Anak kepada pelakon Azmil Mustapha yang terkenal era 80an, Syamira, mengesahkan yang ayahnya kini sedang tenat dirawat di hospital Putrajaya akibat sakit jantung.

Anak Azmil Mustapha Sahkan Bap Kritikal Di Hospital Putrajaya

Syamira ketika dihubungi media mengatakan doktor telah memaklumkan keadaan ayahnya kini sedang kritikal.

Pengesahan Syamira itu sekaligus menjawab status di laman Facebook bapa saudaranya yang memuatnaik status mengenai kesihatan Azmil yang popular era 80an itu.

Hari ini, netizen dikejutkan dengan penyebaran status Facebook adik Azmil yang dikenali sebagai Aziph yang mendakwa abang sulungnya itu dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiac, Hospital Putrajaya, sejak semalam kerana sakit jantung.

Aziph mendakwa ketika ini, abangnya masih tidak stabil.

Anak Azmil Mustapha Sahkan Bap Kritikal Di Hospital Putrajaya

Adik kepada Azmil iaitu Aziph Mustapha menerusi status di laman Facebook miliknya memberitahu abangnya mengadu sakit di bahagian dada kira-kira pukul empat petang Khamis sebelum dikejarkan ke hospital.

"Sebelum mengadu sakit dada kira-kira pukul 4 petang dia berada dalam keadaan baik," katanya.

Menurutnya lagi, keadaan Azmil ketika ini masih tidak stabil dan pihak doktor juga belum mengesahkan keadaan sebenar abangnya ketika ini.

Menurut status itu lagi, Azmil yang juga Ketua Pewagai Ekskutif, Yayasan Inovasi Malaysia kini berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selain menggunakan alat bantuan hayat.

"Ia sangat menyedihkan apabila melihat orang yang kita sayang terbaring di atas katil dengan alat bantuan hayat.

"Sekarang adalah masa yang sukar dan berharap semua dapat mendoakan kesejahteraan abang saya," katanya.

Ketika zaman kegemilangannya. Azmil membintangi banyak filem box office seperti Mekanik, Ali Setan dan Suara Kekasih.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/114574
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/01/15/azmil-mustapha-tenat/

0 Response to "Anak Azmil Mustapha Sahkan Bap Kritikal Di Hospital Putrajaya"

Post a Comment