Kanak-Kanak Derita Sakit Gelembung Air

“Sejak dilahirkan, setiap hari, ada saja luka baru di tubuh Muhammad Hazreel dan saya memecahkan gelembung berair dengan gunting bagi mengelak lukanya membesar,” kata Noor Halimaton Hashim, 35, di Blok B, Tasek 64, Bandar Seri Alam, Johor.

Kanak-Kanak Derita Sakit Gelembung Air

Noor Halimaton berkata, dia menahan air mata setiap kali berbuat demikian apabila Muhammad Hazreel Mikhail Hizar, 5, menangis kesakitan melihat darah mengalir dari gelembung itu.

Menurutnya, bagaimanapun dia tiada pilihan lain kerana sekiranya tidak memecahkan gelembung berkenaan, ia membesar hingga 20 sentimeter.

Katanya, penderitaan Muhammad Hazreel yang menghidap Epidermolysis Bullosa (EB) atau kulit gelembung air dan mudah melecur akibat penyakit keturunan.

“Pergerakan Muhammad Hazreel terbatas, malah tutur katanya juga tidak lancar seperti budak sebaya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/107408#sthash.2uZ0u4SO.dpuf

0 Response to "Kanak-Kanak Derita Sakit Gelembung Air"

Post a Comment