
Mengakui sedang melalui
fasa bahagia bersama suami tercinta, Nabila
Huda dalam masa yang sama menjelaskan bersyukur dengan kehidupannya
kini selain merancang untuk menambah cahaya mata.
Alhamdulillah, perkahwinan
ini melengkapkan hidup saya kerana sekarang ada suami untuk sama-sama menjaga
Keisha yang berusia lima tahun (hasil perkahwinan pertama). Doakan yang terbaik
supaya saya dapat menjadi seorang isteri dan ibu yang baik untuk keluarga kecil
ini.
Masih terlalu awal untuk
berbicara soal zuriat, tetapi saya tidak kisah jika diberi dalam masa terdekat
sebab ia adalah rezeki. Kalau dapat ramai anak pun, apa salahnya. Saya suka
sebab nanti suasana dalam rumah akan jadi meriah
Apa yang datang, itulah
yang terbaik daripada Allah. Semoga kami dikurniakan cahaya mata yang baik-baik,
jelasnya kepada Kosmo!
Online. Selain itu, Nabila menambah ketika ini dia dan suami belum
merancang untuk berbulan madu.
0 Response to ""KALAU DAPAT ANAK RAMAI PUN, APA SALAHNYA" - NABILA HUDA"
Post a Comment