NORA DANISH AKAN AKHIRI ZAMAN JANDA AWAL FEBRUARI?


Pasangan Nora Danish dan Nedim sudah mula menjadi sebutan peminat bila tersebar beberapa keping gambar Nora mengenakan busana pengantin.. Gambar itu dimuatnaik oleh pereka fesyen Ashraf Zainal dengan menulis kapysen menggambarkan pelakon itu bakal berkahwin..

Menurut sumber, Nora bakal melangsungkan perkahwinan sekitar hujung bulan ini.. Siapa yang bakal menjadi calon suami Nora itu tentulah Nedim.. Tak silap Miss A, hubungan cinta mereka sudah kembali berputik..





Menerusi laman Instagram milik Nedim, dia mula memuatnaik gambar serta kapysen-kapysen romantik bila bersama Nora.. Di laman Instagram Nora, dia dilihat sedang sibuk melakukan menggambaran drama arahan Erma Fatima di New York ..

Tapi, macam-macam boleh berlaku.. Kalau berada dalam industri seni, artis memang banyak buat penafian.. Tengok macam kes Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, punya Syatilla menafikan dia ada  hubungan dengan Sam.. Tup-tup, umum nak kahwin.. Nampak tak permainan artis pada para peminatnya?

Jangan terkejut bila, hujung bulan ini Nora membuat kenyataan pada media akan menamatkan status jandanya dengan pilihan hatinya Nedim.. kita tunggu sajalah, perkembangan dari pasangan ini.. Kalau betul bakal kahwin, tahniah Miss A ucapkan.. Elok sangat la tu mereka berdua kahwin, bercinta pun dah lama.

0 Response to "NORA DANISH AKAN AKHIRI ZAMAN JANDA AWAL FEBRUARI?"

Post a Comment