
Tentu anda masih ingat
dengan siri Teman Lelaki Upahan lakonan Ungku Ismail dan Elizad Sharifuddin yang
menjadi kegilaan peminat drama Melayu suatu ketika dahulu.
Realitinya, ramai golongan
bujang zaman sekarang tidak sempat untuk mencari pasangan hidup kerana terlalu
sibuk dengan kerja dan mengumpul harta semasa muda.
Terdesak Cari
Pasangan!
Isu kahwin lambat bukan
sahaja membelenggu golongan wanita, malah kaum lelaki turut menerima tempiasnya!
Apatah lagi apabila ibu bapa asyik mendesak untuk berkahwin atau paling-paling,
bertanyakan tentang calon isteri.
Oleh itu, jangan terkejut
jika mempunyai teman wanita upahan menjadi trend terbaharu di Malaysia pada abad
ke-21 ini!
Trend teman wanita upahan
ini sebenarnya agak popular di negara China. Tipikal rakyat Asia, ibu bapa di
China juga sering mendesak anak-anak mereka untuk berkahwin kerana usia 27 tahun
sudah dikira terlajak untuk mendirikan rumah tangga.
Teman Wanita Upahan
Bertemu Kaum Keluarga
Menariknya, fungsi teman
wanita upahan ini lebih kepada untuk dibawa bertemu kaum keluarga dan sahabat
handai rapat ketika perayaan, bagi mengelakkan soalan yang tidak diingini
ditujukan kepada pihak lelaki.
Justeru, jangan terkejut
jika suatu hari nanti lelaki di Malaysia menyewa teman wanita upahan semata-mata
untuk dijadikan teman menghadiri kenduri kahwin!
0 Response to "ADAKAH TEMAN LELAKI UPAHAN AKAN MENJADI TREND DI MALAYSIA?"
Post a Comment