
Walaupun masih kecil, anak
soleh bernama Luqman ini faham erti kesusahan yang menimpa keluarganya. Malah,
dia mahu berusaha sendiri untuk mendapatkan wang saku ke sekolah dengan menjual
aiskrim.
Walaupun cerita ini
dikongsi oleh Noraini Saaidin pada tahun lalu, namun pengajarannya masih boleh
dirasai sehingga hari ini. Syukur mempunyai anak yang baik seperti
ini.
Minggu lepas, Abang Luqman
balik dari sekolah..mukanya masam mencuka..Mama cuba bertanya, apa
masalahnya..kata Abang Luqman
Mama..Luqman nak bawa duit
sekolah, semua kawan-kawan Luqman bawa duit ke sekolah..Luqman sahaja yang tak
bawa..Luqman lapar lah Mama, kat sekolah Cikgu bagi makan 2 kali sahaja..pukul 9
dan pukul 12.30 tengahari..petang, Luqman laparlah..duit tak der..Luqman nak
beli makan..kawan Luqman semua, beli makanan….
Tersentuh hati Mama, air
mata ditahan jangan sampai jatuh berderai..nanti, Luqman sedih..Luqman baru nak
belajar hidup susah..jangan sampai dia lemah..namun, permintaan Luqman perlu ada
penjelasannya..minta maaf, Luqman..Mama tak mampu, nak bagi wang saku ke
sekolah..perbelanjaan kita tinggi, sekarang..Luqman, sabarlah..petang, bila
balik sekolah makanlah di rumah yer..kita sekarang, dah tak macam dulu
lagi..Luqman kena faham..InsyaAllah, bila Soleh dah sihat..Mama akan bagi duit
saku ke sekolah.. ..hanya itu, penjelasan yang ku ada untuk
Luqman..
Tanpa ku sangka, Luqman
menjawab….Luqman, faham..Luqman tahu kita susah, sekarang..Luqman bukan nak
susahkan Mama..Luqman boleh usaha sendiri, cari duit..Luqman nak jual aiskrim,
petang lepas balik dari sekolah..
Tersentak aku mendengar
kata-katanya..daripada dulu, lagi..Luqman bagaikan lebih matang dari
usianya..sekarang, aku sedar yang Luqman dah faham situasi kami….tapi, Luqman
tak penat ker? kan Luqman sekolah, nak rehat & buat kerja sekolah..pelajaran
Luqman, penting….walaupun, dalam hati dah rasa hiba..aku gagahkan diri bertanya
meminta kepastian..
Tak per, Luqman tak
kisah..Luqman, tak penat..janji Luqman boleh bawa duit sekolah..bolehlah,
Mama..bolehlah….dah tak ada kata-kata yang dapat aku tuturkan..bersungguh-sunguh
benar, dia..
Baiklah, Luqman..nanti,
Mama & Abah tolong buatkan..Luqman, jual yer..Luqman mantapkan ilmu mengira
Luqman yer..nanti, Mama akan tanya soalan..kalau Luqman tak boleh jawab, tak
boleh jual aiskrim..
Luqman, agak pandai
mengira..walaupun bukan semua, tapi banyak soalan yang ditanya, dijawab dengan
betul..jadi, Mama & Abah terpaksa mengalah..minggu lepas, Luqman dah mula
menjual aiskrim di taman permainan dekat rumah..pada peringkat permulaan ini,
Abah dan Mama bergilir-gilir memantau perniagaan Luqman..risau pulak, nanti
rugi..walaupun baru hari pertama, aiskrim Luqman laku sungguh, abis semua yang
dibawa..dah memang rezeki, dia..disebabkan nampak dia penat, Mama & Abah
terpaksa bertegas agar Luqman hanya menjual berselang hari atau sebaiknya pada
hujung minggu sahaja..Luqman, sedikit kecewa, tapi kami yakinkan
dia..InsyaAllah, walau tak jual setiap hari..dia masih cukup wang saku ke
sekolah..Alhamdulillah..terima kasih, Allah..kerana kau berikan aku zuriat yang
amat menyenangkan hati ibu ini..semoga Luqman tetap menjadi anak yang tabah
& soleh, dapat tolong Mama & Abah hadapi ujian ini dengan lebih baik,
InsyaAllah..
0 Response to "KISAH SAYU ADIK LUQMAN YANG SANGGUP JUAL AISKRIM UNTUK DUIT SAKU KE SEKOLAH"
Post a Comment