8 Superhero Wanita Yang Memang Ada Kelas !


Walaupun watak superhero sering dikaitkan dengan lelaki, namun superhero dalam kalangan wanita turut menarik perhatian.

Selain tampil lasak dengan kekuatan masing-masing, kelebihan superhero wanita pastinya wajah jelita dan tubuh seksi mereka.

Berikut senarai 10 pelakon superhero wanita yang dianggap paling seksi dan ‘hot’ dalam filem.

Jennifer Garner sebagai Elektra


Pelakon dan produser Amerika Syarikat, Jennifer Garner mula mencipta nama menerusi lakonannya sebagai pegawai polis dalam siri drama Alias.

Dia kemudian membintangi filem Elektra adaptasi komik Marvel pada 2005.

Dalam filem itu, Garner sebagai Elektra berjuang seperti pahlawan dan mempamerkan aksi seni mempertahankan diri.

Wataknya sebagai pembunuh upahan antarabangsa dan menggunakan senjata ‘sai’ ketika bertarung dengan musuh.

Lynda Carter sebagai Wonder Woman


Pernah diangkat juara Miss World USA pada 1972, pelakon dan penyanyi ini muncul sebagai Wonder Women dalam siri drama The New Original Wonder Woman dan The New Adventures of Wonder Woman pada tahun 70-an.

Dalam siri itu, Carter bertarung dengan penjahat meng­gunakan kuasa dari tali pinggang dan membawa sehelai tali ‘lasso’. Malah, tiara superhero itu digunakan sebagai senjata selain gelang tangannya berupaya menghalang peluru.

Sarah Michelle Gellar sebagai Buffy


Pembunuh puntianak dan iblis Buffy Summers cukup dikenali dalam kalangan peminat cerita makhluk penghisap darah itu.

Gellar memegang watak itu untuk tujuh musim Buffy the Vampire Slayer yang tamat pada 2003.

Menerusi watak itu, Gellar memenangi enam anugerah Teen Choice Awards, Pelakon Wanita Televisyen Terbaik bagi Saturn Awards dan juga dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik Siri Drama Televisyen bagi Golden Globe Awards.

Michelle Pfeiffer sebagai Catwoman


Catwoman terkenal dengan perbuatannya yang suka mencuri dan juga seorang anti-wira.

Kali pertama muncul di kaca televisyen dalam siri Batman pada 1966, watak Catwoman dijayakan beberapa pelakon hebat.

Lakonan Pfeiffer dalam filem Batman Returns pada 1992 mencuri perhatian penonton kerana gerak geri dan lenggoknya sebagai Catwoman disifatkan paling seksi.

Untuk watak itu, Pfeiffer dikehendaki berlatih seni mempertahankan diri dan Kickboxing.

Anne Hathaway sebagai Catwoman


Selain Michelle Pfeiffer, Hathaway turut muncul sebagai Catwoman atau Selina Kyle dalam trilogi filem terakhir Batman, The Dark Knight Rises.

Dalam satu sesi temubual, Hathaway mengakui watak itu paling mencabar dan dia terpaksa bekerja lebih keras di gimnasium demi memenuhi kehendak pengarah Christopher Nolan.

Dia juga dikehendaki berlatih seni pertahankan diri selain menjadikan pelakon Hedy Lamarr sebagai inspirasi dan rujukkan bagi watak Catwoman.

Rebecca Romijn sebagai Mystique


Model dan pelakon ini cukup dikenali menerusi lakonannya dalam siri filem X-Men dan drama televisyen popular Ugly Betty.

Watak utama pertama Romijn sebagai Mystique atau Raven Darkholme dalam filem X-Men pada 2003.

Kemudian, dia sekali lagi memegang watak sama dalam sekuel X2: X-Men United (2003) dan X-Men: The Last Stand (2006).

Romijn dikehendaki memakai kostum yang dihasilkan daripada bahan prospetik dan solekan biru.

Dalam X2, pelakon itu pernah muncul di salah satu babak sebagai dirinya. Manakala salah satu babak dalam X-Men: The Last Stand menampilkan Romijn sebagai Mystique yang kehilangan kuasanya.

Jessica Alba sebagai Invisible Woman


Menceburi bidang lakonan pada usia 13 tahun, Alba pernah disenaraikan antara wanita paling seksi dalam carta Hot 100 Maxim.

Pelakon berusia 33 tahun itu turut menerima undian tertinggi bagi senarai 99 Most Desirable Women dalam majalah online AskMen.com pada 2006.

Dia juga diangkat sebagai wanita paling seksi di seluruh dunia dalam majalah FHM pada 2007.

Meraih empat anugerah sepanjang karier lakonannya, Alba memainkan watak sebagai heroin Invisible Woman dalam siri filem Fantastic Four.

Scarlett Johansson sebagai Black Widow


Pelakon berusia 31 tahun itu dilabelkan sebagai simbol seks wanita di Hollywood dan sering disenaraikan antara wanita tercantik di dunia.

Dalam filem Iron Man 2, Johansson menyamar sebagai Natalie Rushman dan menjadi pembantu Tony Stark.

Bagi watak Black Widow dalam filem itu, dia memakai sut badan berwarna hitam dan turut mahir menggunakan senapang. Dia turut diberi kepercayaan untuk memegang watak sama dalam siri filem The Avengers dan Captain America: The Winter Soldier.

0 Response to "8 Superhero Wanita Yang Memang Ada Kelas !"

Post a Comment