
Murid Orang Asli, Mirsudiar & Norieen di bantu oleh TENGROG? : Kehilngan 7 murid orang asli yang hilang di hutan belentara di Gua Musang memang mengejutkan semua pihak.
Setelah 48 hari pencarian,
akhirnya Mirsudiar,11, dan Norieen, 10, ditemui selewat walaupun mereka berada
dalam keadaan tidak bermaya.
Bagaimanapun, misterinya ialah
bagaimana kedua murid tersebut boleh "SURVIVE" tanpa keperluan asas makanan
bersih dalam tempoh yang begitu lama.
Berdasarkan pemanduan pelancong
yang bertanggungjawab di kawasan gua dan gunung, seseorang yang sesat dan tidak
mempunyai kepakaran tentang hutan dan hanya dapat betahan hampir 20 hari sahaja,
jesteru menimbulkan tanda tanya bagaimana Mirsudiar, 11 dan Norieen, 10, boleh
bertahan selama 48 hari.
Menurut laporan dari Mingguan
Malaysia, kebanyakan penduduk di sekitar kawasan Pos Tohoi berkata mereka
percaya dua kanak-kanak itu mampu bertahan di hutan belentara kerana mendapat
bantuan dari makhluk halus yang mendiami kawasan itu.
Seorang penduduk dari Pos Tohoi,
Alex Long, 54, berkata makhluk itu memang wujud dan antara tempat-tempat yang
digemari oleh makhluk itu adalah pokok tualang, pokok merbau, atau gua-gua yang
terdapat di daerah ini.
Menurut beliau, masyarakat Orang
Asli suku Temiar, makhluk yang mendiami hutan berkenn digelar sebagai "TENROG"
atau atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai "BUNIAN".
"Di sini, Gua Peraling paling
dekat, jika berjalan kaki, hanya ambil masa 10 minit sahaja dari penempatan
kami. Gua ini ada penghuninya tetapi kami percaya mereka tidak buat kacau jika
tidak diganggu.
"Mirsudiar dan Norieen mampu
bertahan hidup lma mungkin kerana dibantu penghuni hutan itu. Mengikut
kepercayaan kami, penghuni hutan memang suka berkawan dengn kanak-kanak," katnya
memetik laporan itu.
Sementara itu, Jemi Angah, 40,
menceritakan pengalaman di mana ada seorang raakan pernah sesat selma 18 jam di
hutan berhmpiran Gua Peraling.
"Kami seolah-olah berlegar-legar
di tempat yang sama sedangkan kawasan itu sering dilalui sebelum ini. Kami
hampir berputus asa kerana kepenatan. Selepas saya minta penghuni hutan bantu,
barulah kami terjumpa jalan keluar ke kampung," katanya.
Tambah Jemi, masyarakatnya juga
percaya ada pantang larang yang perlu dipatuhi jika manusia mahu menjejak kaki
ke kawasan hutan.
Sekiranya gagal menatuhi pantang
larang, penghuni hutan akan marah sehinggah mengundang kejadian yang tidak
diingini berlaku.
"Pantang larang paling utaa
jangan bercakap besar dan tinggalkan barang-barang kotor seperti tuala wanita
dalam hutan. Selain itu, sebelum masuk hutan, minta kebenaran dulu,"
katanya..
Seorang lalaki yang banyak
terlibat dalam proses menyelamat, Angah Chaki, 40, berkata kanak-kanak itu
mungkin disembunyi oleh kuasa ghaib "TENROG" berikutan tiada jejak yang
ditemui.
"TENROG" ini dalam bahasa Melayu
disebut "BUNIAN". Ini merupakan kali pertama tujuh kanak-kanak hilang begitu
sahaja tanpa jejak," katanya.
Angah juga turut menceritakan
satu kes yng pernah berlaku kepada lelki Orang Asli yang tersesat selama dua
bulan di dalam hutan.
"Apabila dijumpai, Mulut mangsa
mempunyai kesan tanah dan kita percaya semasa hilang itu dia diberi makan tanah
dan daun-daun oleh bunin, " katanya.
Sebelum ini, salah seorng dari
kanak-kanak yang ditemui selamat dan berkata merea diberi makan oleh "seseorang"
dalam tempoh mereka tersesat di dalam hutan.
0 Response to "PENGAKUAN MIRSUDIAR & NORIEEN SEMASA HILANG DALAM HUTAN YANG AMAT MENGEJUTKAN!!!"
Post a Comment