
Baru-baru ini, tindakan Julia Ziegler memuatnaik gambarnya berbikini ketika bercuti di Pulau Redang telah menarik perhatian pengikutnya di Instagram – dan turut dikritik dan dicemuh di atas keberaniannya itu.
Menurut
Julia sebelum ini, berbikini bukanlah sesuatu yang pelik dan di pulau tersebut
ramai lagi individu yang berpakaian lebih menjolok mata dari apa yang dipakai
olehnya. Selain itu, apa yang dilakukannya itu juga adalah bersesuaian dengan
situasi.
“Takkan
kalau ke pasar nak pakai gaun labuh. Kiranya pemakaian saya itu sekadar mengikut
situasi. Kenapa apabila artis berbikini dijadikan isu sedangkan orang biasa ada
juga memuat naik gambar sama?”
“Saya biarkan saja orang komen dan cakap apa mereka
mahukan. Macamlah yang bercakap itu sempurna sangat,” luahnya kepada Harian Metro selain menyatakan akan dia pasti akan berubah satu
hari nanti dengan caranya tersendiri.
0 Response to ""BERBIKINI KERANA IKUT SITUASI" - JULIA ZIEGLER"
Post a Comment