
Seorang lelaki bergelar Datuk terselamat
selepas kereta Lamborghini dipandu pekerjanya terbabas melanggar besi penghadang
di tengah jalan di Kilometer 234.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), berhampiran
Plaza Tol Kuantan, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang itu, Datuk
Lawrence Ng Teck, 59, seorang pengurus konsultan di Kuala Lumpur luka ibu jari
tangan kanan, pinggang dan badan serta hidung.
Pekerjanya, Norfarahliya Daud, 26, luka di paha
kanan dan tangan kiri. Kedua-dua mangsa mendapatkan rawatan di sebuah klinik di
bandar ini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik
Pahang Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, siasatan awal mendapati,
kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Norfarahliya dari Kuala Lumpur ke
Kuantan terbabas ke kanan lalu melanggar besi penghadang di tengah jalan.
Katanya, pemandu kereta dikatakan hilang
kawalan selepas cuba mengelak haiwan melintas jalan.
"Ketika kejadian permukaan jalan basah akibat
hujan renyai. Kemalangan itu masih dalam siasatan," katanya.
0 Response to "Datuk Dan Pekerja Perempuan Selamat, Lamborghini Terbabas"
Post a Comment