MASIH INGAT LAGI DENGAN FILEM SUNDEL BOLONG? INI KISAH SERAM PELAKON SUZANA SETELAH KEMATIANNYA


SUZANA SEBAGAI SUNDEL BOLONG


Sundel Bolong bila diterjemahkan secara langsung berarti,Sundel berarti Wanita jalang - Bolong berarti Berlubang.Jadi sundel bolong adalah wanita jalang atau pelacur yang meninggal dalam keadaan hamil dan melahirkan didalam kubur.

Kisah 1 : Kisah dari Suami Suzanna, Cliff


Suami dia kata, dalam masa 3 hari selepas kematian. Suzanna ada balik ke rumah, berdiri dekat depan pintu rumah pakai baju kaler coklat, sambil ucapkan Selamat Tinggal. Selain itu juga suami dia pernah nampak Suzanna tengah duduk dekat ruang tamu, duduk kat sofa sambil pegang remote tv, sambil mulut dia membebel-bebel mengkritik cerita yang di tengok kat TV. 

Masa tu, Suami Suzanna macam tak sedar yang Suzanna dah meninggal dia terus masuk bilik nak tidur, sampai kat dalam bilik baru dia teringat, yang Suzanna dah mati.



                                                   suami suzana di kuburan

Selain itu, suami Suzanna pernah ternampak kelibat Suzanna tengah sikat rambut kat dalam bilik Suzanna. Untuk pengetahuan korang, Suzanna neh ada bilik khas untuk dia sorang-sorang, menurut suami dia, bilik khas Suzanna tuh, memang tak ada sape2 yang dibenarkan masuk masa dia hidup. 

Bilik tu digunakan untuk Suzanna bermeditasi (bertapa), kadang-kadang bukan sekadar berhari-hari, bermingu-minggu malahan berbulan-bulan pernah Suzanna tak keluar-keluar dari bilik dia.

Suami dia jugak pernah kata selepas kematian Suzanna sampai sekarang (sumber dari youtube) dia akan dengar bunyi macam orang ketuk-ketuk dinding. Bunyi tuh sebijik macam bunyi yang dibuat oleh Suzanna masa hayatnya, kalau dia nak mintak sesuatu, dia akan ketuk-ketuk dinding.

Selain penampakkan dari dalam rumah, suami dia pernah terlihat kelibat Suzanna dekat luar rumah, especially dekat satu tempat kat bawah pokok tempat yang digunakan Suzanna untuk bertapa.




Menurut cerita suami dia lagi, Suzanna ni sebenarnya ada menuntut ilmu dari seorang guru,, tak pasti ilmu apa. Walaupun dia dah tamat perguruan, tapi selalu je Suzanna ni mendengar suara-suara ghaib yang menyuruh dia bermeditasi. 

Menurut Cliff, Suzanna selalu pergi ke satu tempat,, aku tak ingat apa nama tempat tu,, aku tengok kat youtube, tajuk dia “Berkunjung Ke Kuburan Suzanna (Mr Tukul)”, Suzanna selalu pergi bertapa kat tempat ni dengan cara merendamkan badan dia dalam air yang didakwa air tersebut mempunyai khasiat tertentu, pengunjung-pengunjung selalu je datang ke situ nak ambil air tersebut. Tempat ni boleh lah dikatakan keras.


Lagi satu, kalau korang tengok kat dalam youtube yang tajuk aku bagi kat atas neh, Cliff ade cakap dia ternampak Suzanna duduk dekat atas kubur dia waktu dia datang.

Kisah 2 : Kisah dari Pembuat Batu Nisan

Aku tak pasti bila, katanya selepas Suzanah mati, Pembuat Batu Nisan neh, (ntah sape nama dia, aku bagi nama dia Ali lah), masa tuh ada ura-ura yang mengatakan suami Suzanna nak kawin lepas Suzanna mati, dia nampak Suzanna datang kat dia sambil tersenyum (huhuhuhu aku tak tau macam manalah rupa Suzanna senyum bila dia dah mati, sebab masa dia hidup, aku tengok kat dalam filem pon dah seram kalau dia senyum wuwuwuwuwu).



Lepas kejadian tuh, Ali terus berjumpa dengan Pakar Paranormal. Menurut pakar tu, Suzanna suruh sampaikan hasrat dekat Cliff, yang dia nak jumpa Suami dia. 

Dorang dah berapa kali jumpe pembantu Cliff suruh sampaikan perkara tersebut, tapi dia buat derk jer.. Sampailah satu hari Roh Suzanna merasuk seseorang kat kubur, dorang siap rakam lagi perbualan Pakar denga Orang yang kene rasuk tu,, siap hantar lagi pita rakaman dekat Cliff,, tau tak apa Cliff jawab?? 


Cliff kata, tak mungkin orang yang dah mati akan kembali,, lagi satu katanya,, kalau Suzanna nak apa-apa, Suzanna selalu je masuk dalam mimpinya.. Haish,, aku sendiri pon pening dengan Cliff neh,, bukan sebelom neh,, dia sendiri ker pernah cakap jumpa Suzanna tuh balik selepas kematian? 


Siap ucap Selamat Tinggal Lagi? Neh siap cakap, pergi tak kembali lak , dah macam tajuk lagu Rabbani lak aku dengar statement dia, haish aku rasa dia patot tukar nama dia dari Cliff ker 'Clink' lah kowt..

Kisah 3 : Kisah Sepupu Aku, Farra.

Hah! Actually,, sumber pertama yang aku dapat cerita neh dari Sepupu aku Farra. Cerita neh pon disampaikan oleh Farah dari Ayahnya, aku panggil Ayah Farah, Paklong Din.. Mengikut Paklong Din dia dapat tahu pasal Suzanna neh dari cleaner kat ofis dia.. Kata cleaner tuh, Suzanna dah mati dan kebanyakan orang-orang kampung nampak kelibat Suzanna dalam bentuk atau jelamaan watak watak hantu yang pernah dilakonkan seperti Sundel Bolong..

Kisah 4 : Penduduk Magelang, Jawa Tengah




Kisah neh sama dengan Kisah 3 yang kat atas neh, dua minggu selepas pemergian Suzanna, kecoh konon-konon nya ternampak kelibat Suzanna dalam rupa bentuk Sundel Bolong,, ada yang pernah nampak Suzanna berjalan atas bumbung rumah, ada yang nampak Suzanna selalu lepak kat tempat kat depan rumah dia tempat bertapa dan bermacam-macam lah.

Natijahnya:

Inilah beberapa kisah yang aku coretkan kat dalam blog neh, yang tak dapat dipastikan kebenarannya. Cuma apa yang aku dapat simpulkan, janganlah menganggap cerita-cerita neh terlalu serius,, anggaplah cerita neh sebagai hiburan... 

Sebagai Seorang yang memegang pada ajaran agama, tak dinafikan yang makhluk makhluk halus ini wujud, tetapi kene ingat.. setiap yang dah pergi,, tak akan kembali... Jika sesuatu yang merupa Si Mati  selepas kematian, tak lain tak bukan adalah Qarin... 


Disamping itu, marilah bersama-sama berdoa semoga kita mati dalam keadaan orang yang beriman, dielakkan dari mati mengejut seperti kemalangan, dibunuh, ditikam dari belakang, mati lemas, mati dalam kebakaran.. Amin....

0 Response to "MASIH INGAT LAGI DENGAN FILEM SUNDEL BOLONG? INI KISAH SERAM PELAKON SUZANA SETELAH KEMATIANNYA"

Post a Comment