
KUALA
LUMPUR: Kedah dan Johor Darul Ta'zim (JDT) masing-masing berpesta gol pada
perlawanan pusingan kedua Piala FA yang berlangsung sebentar tadi. Kedah
berkenduri gol di Stadium Darul Aman malam ini apabila meratah Selangor Megah
Murni FC dengan jaringan 8-0 dalam saingan pusingan kedua Superbest Power Piala
FA, sebentar tadi. Carlos Kahe muncul wira apabila menyumbang hatrik ketika
beraksi di hadapan 6,000 penyokong skuad Helang Merah. Satu gol disumbangkan
Kahe seawal minit-37 perlawanan, manakala baki dua lagi jaringan dihasilkan pada
penghujung separuh masa kedua termasuk melalui sepakan penalti pada minit ke-90.
Gol pertama Kedah hadir seawal minit ke-5 apabila sepakan lambung Azmeer Yusof
dari sebelah kiri padang berjaya mengelirukan penjaga gol Megah Murni, Ilyaf Abd
Sani, sebelum Sandro Da Silva menambah penguasaan Helang Merah hasil rembatan
kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-12. JDT menepati ramalan apabila
mudah meratah UiTM FC 5-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium UiTM
Kampus Shah Alam pada sebelah petangnya. Pahang pula terpaksa mengharungi
tambahan masa sebelum melangkah ke pusingan ketiga dengan kemenangan 2-1 selepas
kedudukan terikat 1-1 tamat masa sebenar. Skuad Tok gajah harus berterima kasih
dengan jaringan penyamaan German Pacheco sebelum tamat separuh pertama untuk
mengikat kedudukan 1-1 yang kekal hingga tamat perlawanan sebelum Dalibor Volas
memastikan mereka layak hasil jaringan minit ke-112 Di Melaka, PKNS FC melakukan
kejutan apabila layak ke pusingan ketiga Piala FA selepas menewaskan Terengganu
3-1 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput. Walaupun pelawat berjaya menguasai babak
awal saingan namun PKNS bingkas mendahului Terengganu menerusi hantaran satu dua
antara Gabriel Guerra yang membolehkan Matrias Hadwa menolak masuk gol
pendahuluan pada minit ke-46 perlawanan

Selanjutnya
di : http://www.bharian.com.my/node/126156?m=1
0 Response to "Keputusan Piala FA pusingan kedua"
Post a Comment